" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 10, 2009

Kenali Abdullah Ubai dlm PAS : Kelantan juga boikot program BTN

Susulan Selangor dan Pulau Pinang, kerajaan Kelantan pula memutuskan untuk melarang pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).Dengan itu Kelantan menjadi negeri ketiga pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memulaukan program-program BTN yang menjadi isu hangat sejak dua minggu lalu. Kedah, salah satu negeri PR belum membuat keputusan.


Bagaimanapun Kelantan tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Ia mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

“Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo

(buat apa)?,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk 'mengharamkan' pegawainya menyertainya kerana haram itu perkataan Islam, cuma tidak bersetuju dan tidakmenggalakkan menghantar pegawai menyertai program anjuran BTN.

Kerajaan Pulau Pinang 2 Disember lepas melarang semua kakitangannya daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Menterinya, Mansor Othman berkata, tindakan itu dibuat kerana mendapati kursus BTN memberikan kesan negatif dan menjadi medan menyebarkan propaganda Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuat kuasa serta-merta.

Nik Abdul Aziz berkata, sudah lama beliau memerhatikan bahawa kurikulumnya tidak diajar mengikut Islam dan bercanggah dengan dasar agama.

“Kalau boleh BTN ini mengadakan forum dengan pakar ekonomi ke atau ahli dalam bidang tertentu ke arah Islam merombakkan semula BTN mengikut acuan Islam,” katanya.M/I

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111