" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 18, 2009

Starbucks : Barangan Yahudi

Rakyat Malaysia khususnya yang tingggal di Pantai Barat atau Lembah Klang begitu teruja menikmatit keenakan kopi Starbuck. Rasa dan harumannya memang memikat setiap yang menggemarinya. Officemate memang selalu kesana dan ana cuba meneliti apa itu Starbucks dan dari mana asalnya.

Starbucks mula-mula sekali dibuka di 2000 Western Avenue, Seattle pada tahun 1971 oleh 3 sahabat iaitu Jerry Baldwin, Zev Siegel dan Gordon Bowker. Jerry, Zev dan Gordan mendapat idea untuk membuka kedai kopi ini setelah tertarik dengan konsep kedai Peet's yang dibukak oleh seorang kawan mereka, Alfred Peet. Howard Schultz kemudiannya join Starbucks tahun 1982 sebelum membuka rangkaian bar kopinya sendiri yang diberi nama II Gionale. Tahun 1894 Jerry , zev dan gordan membeli Peet's dan kemudiannya menjual semua rangkaian kedai kopi mereka kepada Howard. Howard membeli dan menukarkan nama bar kopi II Gionalenya pada Starbucks. Sampai sekarang, Howard masih lagi kekal menjadi pengerusi Starbucks manakala kedai kopi terawal yang dibuka kat Seattle tu dah berubah tapak ke Pike Palace Markat.

Tahukah rakyat Malaysia dari manakah simbol Starbucks itu? ramai yang tidak mengetahuinya dan ada juga yang tahu tapi tidak mengendahkannya.

Disini ana petik artikel Ibnuyaacob mana asalnya logo starbucks.

Logo Starbucks diambil dari berhala yahudi selepas kewafatan baginda (Nabi Sulaiman. Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

http://ibnuyaacob.com/?p=1248

Ini bermakna perluasan simbol dan fahaman yahudi begitu berleluasa di negara ini tanpa kita sedari. Apa yang menakutkan rakyat Malaysia sendiri yang lantang menyokong tanpa usul periksa dari mana datangnya pelabur asing ke Malaysia. Selama ini ramai yang melaungkan anti yahudi dan marah penindasan yahudi terhadap rakyat palestin. Apa erti sumbangan kepada mangsa yahudi tapi dalam masa yang sama menyokong puak yang menjadi pendokong yahudi.


Tepuk dada tanya iman.

umno xrelevan : Kemenangan berganda di Bagan Pinang bakal perangkap BN

BN memang diakui menang besar dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, 11 Oktober lalu, namun dakwaan bahawa imej parti itu sudah dapat dipulihkan dan rakyat kembali menerimanya disangsikan banyak pihak.Selain memperalatkan undi pos - yang jumlahnya cukup besar - sokongan mengejut pengundi India juga dilihat faktor utama mengapa undi calon BN yang tercalar teruk kewibawaannya, Tan Sri Isa Abdul Samad, jauh meninggalkan calon PAS, Zulkefley Mohd Omar

Perpecahan Hindraf dan penubuhan parti baru, Makkal Sakhti dilihat mempengaruhi sokongan kaum India kepada BN. "Ini ditambah faktor gangster yang menghalang jentera Pakatan Rakyat masuk ke ladang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi. BN berjaya menggunakan pendekatan samseng dan mengugut," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Pengarah Induk pilihan raya kecil berkenaan.
Bagaimanapun ramai merasakan kemenangan besar Isa, yang pernah disabitkan kesalahan rasuah dalam pemilihan Umno 2004, dari segi jangka panjang akan memerangkap parti itu sendiri.

"Demi kebaikan parti (Umno), demi martabat masyarakat Melayu yang didakwa diwakilinya dan demi reformasi tadbir-urus dan politik seluruh negara, adalah lebih baik sahaja Umno tewas hari ini, dan menggunakan kekalahan tersebut untuk memulakan reformasi dalaman," kata Tengku Razaleigh Hamzah yang bimbang dengan imej rasuah Isa.

Bagi seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Umno menang sorak di Bagan Pinang tetapi kalah memerangi rasuah dan tergadai maruah. Kemenangan Isa mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah. Apakah kemenangan ini sangat bermakna kepada usaha memulihkan integriti kerajaan yang tercalar kerana rasuah?"

Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad yakin Umno terjerat dengan keputusannya mencalonkan Isa.

"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'kita mesti berubah atau kita rebah'? Umno kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzulkefli.

Tambahnya, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.

"Padahal banyak yang terpaksa Umno korbankan kerananya, termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat ... kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Bagaimanapun, ramai pemerhati mahu PAS dan juga Pakatan Rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kekalahan itu. "Kita boleh senaraikan banyak faktor luaran, tetapi saya kira lebih baik analisis mendalam dibuat dari sudut mengenal pasti kelemahan jentera kempen PAS dan prestasi Pakatan Rakyat seluruhnya terutama kepada masyarakat India," kata seorang penganalisis politik.

"PAS dan Pakatan juga perlu segera berubah," ujarnya lagi.

sumber detikdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111