BN memang diakui menang besar dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, 11 Oktober lalu, namun dakwaan bahawa imej parti itu sudah dapat dipulihkan dan rakyat kembali menerimanya disangsikan banyak pihak.Selain memperalatkan undi pos - yang jumlahnya cukup besar - sokongan mengejut pengundi India juga dilihat faktor utama mengapa undi calon BN yang tercalar teruk kewibawaannya, Tan Sri Isa Abdul Samad, jauh meninggalkan calon PAS, Zulkefley Mohd Omar
Perpecahan Hindraf dan penubuhan parti baru, Makkal Sakhti dilihat mempengaruhi sokongan kaum India kepada BN. "Ini ditambah faktor gangster yang menghalang jentera Pakatan Rakyat masuk ke ladang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi. BN berjaya menggunakan pendekatan samseng dan mengugut," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Pengarah Induk pilihan raya kecil berkenaan.
Bagaimanapun ramai merasakan kemenangan besar Isa, yang pernah disabitkan kesalahan rasuah dalam pemilihan Umno 2004, dari segi jangka panjang akan memerangkap parti itu sendiri.
"Demi kebaikan parti (Umno), demi martabat masyarakat Melayu yang didakwa diwakilinya dan demi reformasi tadbir-urus dan politik seluruh negara, adalah lebih baik sahaja Umno tewas hari ini, dan menggunakan kekalahan tersebut untuk memulakan reformasi dalaman," kata Tengku Razaleigh Hamzah yang bimbang dengan imej rasuah Isa.
Bagi seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Umno menang sorak di Bagan Pinang tetapi kalah memerangi rasuah dan tergadai maruah. Kemenangan Isa mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah. Apakah kemenangan ini sangat bermakna kepada usaha memulihkan integriti kerajaan yang tercalar kerana rasuah?"
Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad yakin Umno terjerat dengan keputusannya mencalonkan Isa.
"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'kita mesti berubah atau kita rebah'? Umno kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzulkefli.
Tambahnya, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.
"Padahal banyak yang terpaksa Umno korbankan kerananya, termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat ... kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Bagaimanapun, ramai pemerhati mahu PAS dan juga Pakatan Rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kekalahan itu. "Kita boleh senaraikan banyak faktor luaran, tetapi saya kira lebih baik analisis mendalam dibuat dari sudut mengenal pasti kelemahan jentera kempen PAS dan prestasi Pakatan Rakyat seluruhnya terutama kepada masyarakat India," kata seorang penganalisis politik.

"PAS dan Pakatan juga perlu segera berubah," ujarnya lagi.
sumber detikdaily
No comments:
Post a Comment