" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 1, 2009

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Malangnya menjadi ahli Umno yang miskin daif !

Oleh : albanjari

Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan pula semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik. Mungkin ada kejujuran dipihak kerajaan, tetapi bagaimana pula perlaksanaannya kepada kumpulan sasar ?



Edisi Bongkar malam ini, menampilkan 1 daripada beberapa mangsa tolong ala kadar. Mangsa yang memegang keahlian parti Perikatan atau lebih dikenali sebagai ahli Umno. Keluarga daif ini tinggal di dalam DUN Titi Serong yang diwakili oleh Drs. Khalil Idham Lim. Jika keluarga ini memegang keahlian PAS, adakah bantuan itu juga akan sampai dan dibantu ? Jangan harap !

Bila membaca artikel diatas, rakyat khususnya golongan miskin tegar pasti gumbira. Bukan sedikit peruntukan daripada dana rakyat digunakan oleh kerajaan. Banyak. Itu belum dicampur lagi dengan Pakej Rangsangan ke-2 Ekonomi yang dibentangkan oleh PM 1Malaysia baru-baru ini. Cukuplah kita sandarkan kepada peruntukan RM51.4 juta tu dulu.

Ironinya, sehari sebelum sambutan aidil adha, saya dikejutkan dengan sembang keras di sebuah warung. Sembang keras itu menarik perhatian saya. Oleh kerana saya juga duduk dimeja yang sama, tentulah apa yang dibualkan itu cukup jelas dan terang untuk difahami. Ringkasnya, bualan pagi yang menyentuh hati. Ada suara yang agak radikal dalam nada menyuruh untuk memaklumkan hal ini terus ke akhbar Sinar Harian edisi Perak. Tujuan dan niatnya untuk menunjukkan betapa rakusnya 'mereka-mereka' itu mempergunakan orang miskin untuk mengumpul kekayaan. Macamana tu ? Kena baca sampai habislah..!


Lihatlah foto diatas. Daif sungguh rumah ini. Tentu tidak sama jika mahu dibandingkan dengan mahligai yang didiami oleh Khir Toyo mahupun oleh seorang ustaz yang punya mahligai bernilai RM1.5 juta di Kuala Lumpur. Jika mahu dibandingkan dengan kos ubahsuai rumah MB yang didiami Zambry kini, tentu juga tidak sesuai. Jauh panggang dari api. Inilah nasib orang miskin.


Sudah hampir sebulan rumah ini dibiarkan begitu. Sedihnya menjadi ahli Umno ! Mengapa ? Kerana dari apa yang dimaklumkan, rumah ini adalah rumah yang dipilih oleh (?) dan diberi 'title' layak menerima bantuan baik pulih rumah yang bernilai RM5 ribu itu. Menurut tuan rumah, Encik Abdullah bin Mat Nor, 70 tahun beliau telah didatangi oleh beberapa orang dari (?)yang memberitahu bahwa rumahnya terpilih dalam senarai bantuan baik pulih rumah. Seronok bukan main orang tua tu. Yelah..rumahnya yang hampir menyembah bumi, dengan bumbung rumah berlubang merata tempat, dinding rumah yang papannya sudah reput dimakan anai-anai, lantai rumah yang sudah usang, lihat saja foto dibawah, mungkin ia lebih upaya menceritakan dengan terperinci disini. Tulang rumah (gambar dibawah) yang jelas dah reput dan wajar diganti, terus dibiarkan begitu sahaja. Malah papan rumah yang langsung tidak diganti hanya ditutup dengan zink karat untuk mengelakkan penghuninya terjeropos kebawah rumah. Kesian sungguh pakcik dan makcik tua ini.


Dengan peruntukan yang dijanjikan, namun hakikat sebenarnya pakcik yang miskin ini tidak tahu pun berapa jumlah sebenar bantuan tersebut. Sumber yang diperolehi dari YB Idham Lim, peruntukan itu sebenarnya adalah sebanyak RM5 ribu untuk tujuan baik pulih rumah. Namun apa yang pakcik dan makcik miskin ini perolehi ialah,


1) Bumbung zink baru, yang berjumlah lebih kurang 40 keping.
2) Papan dinding rumah dibuka, tetapi tidak diganti. Lalu dibiarkan begitu sahaja. Deritanya bila hujan, satu rumah basah dan dimasuki air. Dah hampir 2 minggu kawasan DUN ini basah dengan hujan, maka sudah 2 minggu jugalah mereka tidak dapat tidur malam kerana air hujan yang masuk ke rumah mereka. Ketika menceritakan detik getir ini, pakcik tua itu menangis. Menangis kerana di'bantu' begitu oleh kerajaan BN, yang beliau menjadi ahlinya sejak tahun 60an lagi.
3) lantai rumah yang reput dan uzur juga tidak diganti. Malah susunan papan lantainya dibiarkan jarang-jarang. Rujuk gambar diatas.

Keadaan ini telah berlalu hampir sebulan lamanya. Rumah yang tidak sempurna dindingnya, malah lantainya juga tidak diganti. Bumbung rumah yang tidak siap sepenuhnya. Maka dari apa yang saya buat tinjauan keatas keluarga miskin dan daif ini, sahlah mereka telah menjadi mangsa projek 'ala kadar'. Logikkah baik rumah ini menelan belanja RM5 ribu ? Mustahil sungguh. Jika anda tidak mahu punya nasib begini, jangan gatal-gatal jadi ahli Umno. Lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka sendiri ?

Ketika tinjauan dibuat, keluarga miskin ini sedang sibuk mengelap lantai rumahnya yang basah kuyup dengan sekeping kain pelikat lusuh. Sungguh sebak melihat penderitaan mereka. Cuba pembaca bayangkan, seorang pakcik yang berusia 70 tahun, yang berjalan pun hanya dengan bantuan tongkat, berusaha bersama isterinya yang juga tua, bisu dan pekak merangkak-rangkak mengelap lantai. Saya cukup terkesan dengan pemandangan ini. Walaupun beliau seorang ahli Umno yang setia dengan partinya, atas nama kemanusiaan dan islam, tidak terdaya untuk membiarkan mereka terzalim begitu rupa. Sungguh menyedihkan !

Hampir 1 jam saya berada disitu, membantu apa yang patut sebelum beredar, sempat saya bertanya kepada pasangan miskin tua ini, tentang sumber pendapatan mereka meneruskan kehidupan. MasyaAllah..mereka hidup atas ehsan jiran tetangga. Mereka tidak punya pendapatan. Ketika makcik tua itu datang dengan susah payah bersama teko plastik yang sudah lusoh, dan hanya berisikan air kosong (air parit sebenarnya, kerana keluarga ini tidak ada kemudahan bekalan air paip) yang hanya dipanaskan diatas bara kayu api, suam-suam kepada saya, cukup buat hati saya menjadi sebak. Hanya ini saja yang ada, untuk mereka sajikan buat tetamu. Biarpun saya menolak beberapa kali. Namun akhirnya airmata saya yang tumpah. Saya tewas bila melihat derita orang miskin lagi daif ini, lebih-lebih lagi bila keluarga ini di'malang'kan oleh mereka yang rakus dan tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Mencari kekayaan dari penderitaan orang miskin. Bermoralkah caranya itu ?


Foto diatas adalah bilik air keluarga miskin ini. Mungkin saudara dapat melihat bathtube didalamnya. Diharap kepada orang-orang Umno yang membaca artikel di blog wak ini, hulur-hulurkanlah bantuan yang patut. Andai dalam tempoh 14 hari dari sekarang, tiada tindakan yang dilakukan keatas warga tua miskin daif ini, maka wak yang akan berusaha mencari sumber dana menyiapkan rumah mereka agar kehidupan warga tua yang pada usia itu dapat dirai dan digembirakan, seterusnya dapat membuat ibadah sebelum dijemput kematian. Jika perlu wak akan minta bantuan Unit Amal kelak untuk membaiki rumah ini secara gotong royong. Nak harap orang Umno, hangpa lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka. Ahli otai mereka sendiri. Keterlaluankah jika wak katakan disini, bahwa tindakan itu sungguh ZALIM ?

(*) Soalannya disini, perlukah kita berharap Umno boleh membantu orang melayu dan islam ? Artikel ini telah memberi jawapan tepat untuk pembaca.

http://politikbanjar.blogspot.com/

Abdullah Ubai berada dl PAS : Ya Allah, Binasakan Najib Kerana Dia Zalim!

Oleh Al-Bakistani

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!
Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.
Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.



Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.

Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?

Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;

PERTAMA;

Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"

(Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:

Firman Allah;

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"

(Surah Hud : 18)

KETIGA;

Firman Allah;

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"

(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;

Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL

Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"

Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"

Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Antara Doa Dan Harapan Rakyat Kelantan

Oleh carleadbest

"TGNA adalah orang yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan untuk menjadi ketua pentadbir juga yang berkaitan hal-hal rakyat. Sebagai orang yang bertanggungjawab,amanah dan tidak pernah memakan harta rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga, tentunya beliau rasa amat sedih dan kecewa apabila sesuatu yang sebenarnya hak rakyat negerinya tidak dapat diberikan dan dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan. Beliau amat merasakan terlalu besarnya dosanya pada rakyat Kelantan kerana gagal melaksanakan tugasan yang sukar ini.

Apakah yang beliau akan katakan pada Allah di Padang Masyar nanti apabila seluruh rakyat Kelantan yang berjumlah lebih sejuta ini menuntut hak mereka yang tidak dapat dilaksanakan oleh beliau selaku ketua pentadbir negeri.

Marilah kita membuat sedikit renungan daripada cerita sensasi terkini.

Anda adalah ketua sebuah keluarga yang aman damai dan mengikut cara hidup Islam sebagai pegangan anda sekeluarga. Anda diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keluarga ini supaya tidak mati kebuluran, tidak dipanasi matahari dan disirami hujan, tidak dikhianati dan seumpamanya. Anda ada harta keluarga yang perlu dieksploitasikan untuk mendatangkan pendapatan bagi keluarga ini tetapi apabila usaha itu telah membuahkan hasilnya, ada satu pihak dari pihak berkuasa merampas hasil anda dan cuba pula mengeksploitasikan dengan berbagai cara supaya anda tidak akan mendapat manfaat dari harta anda itu. Adakah anda marah dan kecewa. Sekiranya anda tidak bertindak, siapakah diri anda?

Kelantan mempunyai hasil bumi iaitu minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang diperintah oleh BN tidak mempunyai apa-apa masalah dalam pembahagian royalti begitu juga Terengganu sewaktu di perintah BN dulu dan bertukar kepada wang eh. eh.. eh.. (my) san sewaktu PAS memerintah. Jadi mengapa kini tidak terjadi di Kelantan.

Memetik kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, “ Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggalah budak sekolah pun memahaminya.” - Sinar Harian, N8, Isnin, 30/11/09.

TGNA telah melakukan tindakan dengan tepat, demi rakyat tercinta dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Beliau rasakan Kerajaan Pusat telah menzalimi beliau dan rakyat Kelantan amnya dengan memutarbelitkan wang royalti. Sebagai seorang yang berfahaman tinggi dalam agama Islam tentunya beliau telah memikirkan semasak-masaknya akan tindakannya ini. Lalu kepada Allah dia memohon kerana Allah Maha Mengetahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia telah lelah dan penat meminta belas kasih wang royalti ini kepada PM dan seluruh kepimpinan BN tetapi segala tindakannya diputarbelitkan media arus perdana.

Wahai rakyat Kelantan, aku bukan lahir dan beribubapakan di negerimu dan juga tidak menetap dan mencari rezeki di negerimu yang indah dan dipenuhi keberkatan itu. Aku insan lemah dan kerdil dan percaya akan ketentuan Allah swt. Tuntutlah hakmu. Berdirilah di belakang TGNA dan kepimpinan PAS Kelantan. Berdoalah dengan penuh harap pada Allah dengan linangan airmata. Doa adalah senjata orang Islam dan doa yang mustajab adalah doa dari orang-orang yang dizalimi. Aku juga akan terus mendokan seperti apa yang kamu doakan. Moga Allah mengabulkan doa aku ini dan doa tuan-tuan dan puan-puan juga. Amiin Ya robbal Alamin!

Wahai semua pemimpin-pemimpin BN, Menteri-Men teri, Menteri-Menteri Besar dan Tuan- Tuan Mufti yang saya sanjungi dan hormati, sekiranya Tuan-tuan dan Puan-Puan, merasakan rakyat Kelantan dan TGNA selaku ketua pentadbirnya tidak dizalimi di dalam tuntutannya wang royalti petroleum oleh Kerajaan Pusat di bawah pimpinan PM, jangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan risaukan. Besar kemungkinan doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah. Allah Maha Melihat Dan Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang ada di hati kamu semua. Tidak payah banyak berkata yang bukan-bukan, kerana apabila kamu banyak berkata-kata, maka banyaklah silap kamu.

Pohon maaf ikhlas dariku sekiranya aku terkasar bahasa dan mengguris hati kalian. Aku hanya meluahkan apa yang bersarang di hati.

Hanya kepada Allah aku bertawakkal.

Lawati blog saya: http://www.yangkudengaryangkulihat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111