" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, February 19, 2010

noUG: Ana setuju ust Zul..

Ada Kawan Tak Pandai Berkawan, Ada Musuh Tak Pandai Berkelahi

Kami bercakap sehingga telefon bimbit saya berbahang. Dengan talian yang terputus-putus, kami terus berhubung untuk berkongsi khabar dan perkembangan semasa.

Sudah lama kami tidak bertemu. Bukan kerana tinggal berjauhan sangat tetapi mungkin tidak diatur dengan baik. Kami berhasrat bertemu hari ini (Rabu) tetapi sahabat saya ini ingin segera pulang ke tempat dia bertugas.

“Kita minum teh bersama.” Ajaknya. Saya bersetuju tetapi bukan kali ini kerana saya juga ada komitmen lain.

Sahabat saya ini bekas pimpinan pemuda PAS Perlis suatu masa dulu di peringkat negeri dan kawasan. Ketika itu dia sangat aktif malah sebaik tamat pengajian, dia terus terlibat dengan PAS tanpa menoleh ke belakang lagi. Sepenuh masa.

“Mengapa pilih dia sebagai ketua? Tidak adakah orang lain?”

Sahabat saya bercerita mengenai kata-kata salah seorang pimpinan PAS negeri kepada rakannya mengenai dirinya pada waktu itu. Kata-kata itu diucapkan apabila dia terpilih sebagai ketua. Sahabat tadi menyampaikan ucapan itu kepadanya. Dia agak kecil hati.

Akhirnya dia mengambil keputusan mengundur diri. Kini dia lebih menumpu kepada profesionnya tetapi tetap mengambil tahu mengenai perkembangan PAS Perlis.

“Syeikh, PAS tiada masalah dengan dasar tetapi PAS akan rosak kerana orangnya. Anta laku dalam PAS bila anta banyak duit atau orang nampak anta pandai cari duit. Bila itu semua tidak ada, anta tunggulah. Sealim mana pun, anta tak akan dapat tempat.”

Panjang benar luahan hatinya. Entahlah, saya tidak berani mengiakan seratus peratus dakwaan itu. Namun, sekali pandang terasa benar juga dakwaan itu.

“Ini pengalaman ana syeikh…!” katanya. Ungkapan itu menjadikan saya mengakui bahawa apa yang didakwanya itu adalah benar. Mencecah 95 peratus.

Mendengar kata-katanya itu, ingatan saya pantas menangkap wajah beberapa individu kenalan saya. Suatu masa, ketika mereka berduit mereka disanjung dan dihormati. Nama mereka disebut dimana-mana. Kadang-kadang tersedak air pun nama mereka disebut.

Namun apabila mereka ditimpa musibah dan tidak mampu lagi menyumbang kepada PAS, mereka tidak disebut lagi. Nama orang lain pula mengambil tempat mereka.

Tetapi, apabila mereka berjaya dan berduit semula, nama mereka disebut semula. Mereka disanjung semula kerana mereka kembali berduit dan boleh menyumbang semula kepada PAS.

Itu yang saya faham daripada apa yang diucapkan oleh sahabat saya ini. Telefon bimbit saya semakin berbahang, bukan sahaja kerana terlalu lama dalam talian tetapi kerana isu yang dibualkan juga semakin panas.

“Tuuutt…”, talian telefon terputus. Agaknya telefon bimbit kami sudah tidak sanggup lagi turut terlibat dengan isu yang kami bincangkan.

“Macam ni syeikh…, PAS sekarang ni, ada kawan tetapi tidak pandai berkawan. Ada musuh tetapi tidak pandai berkelahi…”

Agaknya inilah ucapan yang menyebabkan telefon bimbit kami merajuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111