" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 16, 2010

noUG: Laporan Perkembangan Tabung Guaman Tulang Besi Mengadu Salah Laku Pimpinan PAS

Assalamualaikum dan apa kabar semua.

Setakat 2 hari Tabung ini berjalan, sudah ada RM100 didermakan oleh penderma yang murah hati. Sungguhpun jumlah derma mereka kecil, tapi ia menunjukkan betapa bersemangat penyokong2 Pakatan Rakyat dan PAS di dalam membersihkan PAS dari anasir UMNO.

Dari segi mencari peguam pula, boleh dikatakan usaha saya dan beberapa geng bloggers saya di tahap "HAMPEH". Ini kerana kami mengarahkan kepada mencari peguam yang ahli atau aktivis PAS. Saya sendiri telah bertanya dua orang lawyer tapi kedua2 nya menolak. Sorang tu ada alasan kukuh manakala sorang lagi tu terus terang kata dia takut.

Kawan saya sorang tu dia pun tanya ramai jugak. Semua lawyer ahli PAS tu menolak atas alasan takut.

Last2 kawan saya tu, kita panggil dia Mr X, cadangkan sorang lawyer nama ******* Singh. Rasanya lawyer ni orang DAP. Saya kata kalau dah semua lawyer PAS tak nak, terpaksalah ambik lawyer DAP. Abih tu nak buat macamana? Kita dah usaha.

Lawyer yang saya tanya yang kata takut tu dia kenal hati budi saya. Dia tahu saya orang baik dan saya buat ni bukan nak dajal orang ke apa. Tapi terus terang dia kata dia tak berani (bukan takut). Saya pun tak paham lawyer2 PAS ni. Malu dengan Lim Guan Eng dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Diorang tu perjuang lawan korupsi sampai masuk jail berapa kali. Sikit pun tak takut.

Ada sorang tu komen dalam blog saya:

anak said...

Teruskan TB. InsyaAllah saya akan sumbang RM10,000.00

February 14, 2010 10:09 PM
Delete.

Saya minta percepatkan kerana kalau kita jumpa lawyer dengan "berisi" mungkin cepat sikit boleh dapat lawyer nya.

Kalau tak nak bagi direct, minta beri alamat dan telefon dan saya beri butiran lawyer tersebut. Saudara/ri boleh bayar terus ke lawyer tersebut tak perlu melalui saya. Saya lagi suka macam ni. Tak payah nak pegang duit.

Malahan, kalau ada sesiapa yang tak nak bagi duit terus ke saya, nanti saya akan berikan maklumat akaun lawyer tersebut, dan saudara/ri semua boleh membayar terus ke lawyer tersebut.

Saya perlukan khidmat guaman kerana:

1.0 Kalau aduan saya diperkotak-katikan, saya bercadang untuk saman Mustafa Ali(SU Agung) di mahkamah.

2.0 Saya mahu ada peguam bagi pihak saya yang hadir di setiap sessi perbicaraan

3.0 Saya mahu lawyer saya itu memberikan laporan guaman terhadap kes yang saya laporkan itu dalam kapasiti beliau sebagai "watching brief". Laporan itu saya akan bentangkan pada seluruh alam

4.0 Saya perlukan seorang peguam yang akan turun naik tangga Pejabat PAS Jalan Raja LAut untuk memastikan kes yang saya laporkan tidak dibakul sampahkan.

5.0 Lawyer saya itu akan membuat laporan dan sidang media setiap bulan sehinggalah kes ini selesai.

6.0 Kes saya ini saya yakin kuat kerana ia bukan keputusan mesyuarat tapi satu program pribadi anjuran Hasan Ali dan Roslan SMS.

Saya melakukan ini semua bagi pihak seluruh ahli PAS serta penyokong dan pendokon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah merahmati kita semua

Tulang Besi

ps Sekiranya ada peguam yang ahli PAS mahu mengendalikan kes ini, sila hubungi saya di malaysiawaves@rocketmail.com

ps Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian di:

Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib

Semoga Tuhan memberkati para penyumbang sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111