" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 1, 2010

Ada ke Politik dalam Islam?

Ada ke Politik dalam Islam?
Petang semalam ketika saya dan keluarga singgah di Masjid Gopeng untuk menunaikan solat Zuhur, saya terbaca satu papan tanda yang saya anggap tidak rasmi. Papan tanda ini saya kata tidak rasmi kerana ia ditulis pada sehelai kertas tebal dan ditampalkan pada tiang betul-betul tempat para jemaah membuka kasut.

Apabila terbaca sahaja apa yang tertulis, saya hanya menggeleng-geleng kepala. Rupa-rupanya masih ada lagi orang Islam yang masih lagi jahil tentang Islam. Mereka telah menjadikan Islam itu satu skop yang amat kecil. Berat juga tugas para ustaz di kawasan ini untuk mentarbiyyah dan membetulkan semula fikrah sebilangan penduduk di sini.

Atau saya boleh anggap, hanya beberapa kerat orang sahaja yang berfikiran sebegini. Memisahkan masjid dengan politik. Memisahkan Islam dengan politik.

Bak kata DS Haji Nizar di dalam ucapannya semasa Majlis Makan Malam di Teluk Intan :

"Kalau UMNO mengatakan Allah itu hanya untuk orang Melayu sahaja, maka mereka (UMNO) telah mengiktiraf ada Tuhan lain bagi kaum-kaum yang lain. Ini berlawanan dengan kalimah syahadah yang kita baca setiap hari. Secara langsung apa yang UMNO maksudkan itu boleh membawa kepada syirik...."

Secara spontan, sesiapa yang membaca papan tanda buruk ini sudah pasti membayangkan orang dari parti mana yang membuatnya..hehehe kesian..mereka lihat Islam dalam skop yang sempit.

Saya ulang semula soalan tadi : Ada ke politik dalam Islam ? Nah, sila baca.

Dalil Al-Quran

Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah.Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai.
Dalam surah Al-Baqarah: 30;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah d muka bumi. Mereka berkata :Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang akan membuat kerosakan padanya dan menunpakan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tdak kamu ketahui."

Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai mentadbir urusan manusia dan urusan dunia (siasah) dengan syariat Deen

Sirah Nabi

Kita lihat sirah perjalanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika mana baginda menubuhkan Negara Islam pertama di dunia iaitu Madinah Al-Munawwarah. Nabi ketika itu bukan sahaja bertindak sebagai seorang penyampai risalah kenabian,mengajak kea rah ma’ruf dan mecegah kemungkaran akan tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin politik /pentadbir Negara.Kalau di sini,kita boleh katakan Dato’ Seri Perdana Menteri. Kemudian,disusuli dengan pengisytiharan Perlembagaan Madinah ataupun Sahifah Madinah sebagai teras pentadbiran kerajaan Madinah pada masa itu

Hadith

Hadis ke -34,dalam Matan Arbain karangan Imam Muhyidin abu Zakariyya Yahya Bin sharif Al-Nawawi ;

“ Dari Abi Sa’id al-Khudri RA katanya;Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika sekiranya ia tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Sekiranya dia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.”

Riwayat oleh Muslim

Dalam kitab itu turut disyarahkan peringkat-peringkat mencegah kemungkaran.Peringkat yang tertinggi sekali itu dinyatakan secara jelas dengan menggunakan tangan yakni dengan kekuatan atau dengan kekuasaan orangnya menurut cara yang berkesan.

Hal ini merujuk kepada kuasa pentadbiran.Dalam konteks Negara maka ia akan berkaitan dengan sistem pemerolehan kuasa tersebut sama ada melalui perlantikan mahupun pilihan raya.Pokoknya,ia menyentuh tentang sistem politik ataupun sistem pentadbiran sesebuah Negara/negeri/kawasan/masyarakat.

Pendapat Imam

1. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawasanya

“Ad-Dinul usul wa sultanun harisun”

Maksudnya: Agama itu pokok dan pemerintah itulah penjaganya.

2. Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan:

“Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”

3. Ghiyas al-umam ditegaskan:

“Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama.Sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan islam“ (Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")

Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam. Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam Islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir dll.

Amatlah bertepatan dengan salah satu sifat Islam iaitu syumuliah iaitu sempurna yakni Islam itu sifatnya mencakupi seluruh kehidupan manusia. Sesuai dengan gesaan Allah SWT dalam surah Al Baqarah : 208,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
ar_rawa

1 comment:

  1. Orang yang buat benda tu...minta pergi mengajilah...weeeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111