" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 24, 2010

BN TAK ADA TELOR DI PERLIS!

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

TINDAKAN Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis menahan surat perletakan jawatan Yip Sun Onn menampakkan betapa kecutnya BN untuk mendepani Pilihan Raya Kecil di negeri itu. BN secara sedar atau tidak telah menampakkan dengan sejelasnya betapa traumanya mereka untuk menghadapi PRK yang mereka bimbangi akan berpihak sekali lagi kepada Pakatan Rakyat.

Temberang para pemimpin UMNO terserlah jika disahut cabaran politik perletakan jawatan Yip Sun Onn untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil di Negeri Perlis dan kalau kalah dengan Pakatan Rakyat; betapa malunya UMNO/BN dan slogan 1Malaysia dan cogankata Juara Rakyat sudah secara terang-terang ditolak oleh rakyat. Ia hampa lesu dan tidak bertenaga lagi.

Apatah lagi jumlah majoriti menurun berbanding dengan PRU pada tahun 2004, ini juga salah satu pemangkin BN keberatan untuk mengulangi ‘mimpi ngeri’ seperti beberapa siri PRK yang telah lalu.

Sehubungan itu, Pengerusi Perhubungan BN Perlis dengan sedaya upayanya cuba untuk memujuk Yip untuk menimbang kembali keputusan beliau kerana takut berhadapan dengan sebenar-benarnya juara adalah 'Pakatan Rakyat'.

Tampak dengan jelas betapa besarnya kuasa seorang SPEAKER bagi UMNO/BN. Akan tetapi kuasa seorang SPEAKER bagi Pakatan Rakyat tidak ubah seperti kuasa seorang prebet polis.

Contoh terbaik, kes ‘Kudita’ (rampasan kuasa) negeri Perak, di mana kuasa SPEAKER semasa itu seperti tiada ‘aura’ nya sehingga ‘perompak-perompak’ kuasa di Perak sewenang-wenangnya mempermainkan perlembagaan negeri dan dengan sekelip mata sahaja Perak dalam tawanan UMNO/BN. Ajaib bukan?

Rakyat hari ini melihat senario terkini dari negeri Perlis ini sebagai suatu kebenaran yang terserlah. Kebenaran yang jelas membuktikan yang kepimpinan BN ini merupakan suatu kepimpinan diktator. Kebenaran di mana hanya memberikan keberuntungan sebulat-bulatnya kepada BN. Kebenaran di mana tidak dapat disangkal UMNO/BN amat fobia dengan PILIHANRAYA!

Pertama, takut untuk mendapat mandat baru dari rakyat negeri Perak, keduanya takut untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh dan terkini takut untuk mengosongkan kerusi yang dilepaskan oleh Yip. Kalau berani, bubarlah Perak dan adakan PRK di kesemua kawasan yang bermasalah ini.

Alasan SPR yang mana menyatakan adalah menjadi kuasa Speaker untuk menahan seberapa lama kerusi yang sepatutnya diadakan PRK, amat menampakkan ketidak-beranian mereka untuk menghadapi kuasa rakyat.

Mereka gusar untuk menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak lagi mempercayai UMNO/BN. Rakyat Malaysia sudah tidak menginginkan lagi kepimpinan UMNO/BN yang semakin hari semakin merosot prestasinya. Lihatlah, betapa alergi dan fobianya UMNO/BN dalam menghadapi PILIHANRAYA KECIL?

Suatu alasan yang sukar diterima oleh akal yang waras, Speaker boleh tahan surat perletakan jawatan Yip selama yang dia suka kerana tiada perundangan menghadkan kuasa Speaker kata Pengerusi SPR.

Ada 15 Dun Negeri Perlis. Bagaimana kalau ada 10 DUN letak jawatan? Bolehkah Speaker menahan surat perletakan jawatan itu sehingga PRU akan datang? Bila sampai kepada bab DUN BN letak jawatan berbagai alasan 'putar naga' SPR cuba cover-up Barisan Nasional agar tidak menerima malu besar di mata rakyat kerana 'cakap' sudah terlanjur hebat.

SabahKini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111