Oleh: TULUN TINARU
WAKIL Sabahkini.net di daerah Beluran setakat ini telah menemuramah 250 individu berkaitan dengan isu 'Minyak Sabah untuk Siapa?', 100% menjawab 'khasnya untuk Sabah'
Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli.
Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
Pada tahun 2008, Petronas adalah koporasi yang ke 95 terbesar di dunia dan ke 80 terbesar pada 2009 dan ke 8 teruntung di dunia dan nombor 1 di Asia. Perolehan kasar Petronas pada tahun 2009 mencecah 77 billion USD dan setelah ditolak kos penyembuhan, (cost recovery) mempunyai pendapatan bersih berjumlah 15 billion USD.
Adakah angka ini boleh dipercayai? Akan menjadi persoalan rakyat Sabah selama ini kerana berada dalam kegelapan mengenai Akta Minyak Petroleum yang tidak wujud atau belum dikuatkuasakan dalam undang-undang negeri Sabah, dan perjanjian pengambilalihan sumber minyak dan gas asli kepunyaan Sabah oleh Petronas telah dibuat secara tersembunyi.
Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.
Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.
Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.
SabahKini
No comments:
Post a Comment