Mereka mengisi borang 'Kad Kredit Giant' semata-mata kerana mahukan 'beg' tersebut yang ditawarkan secara percuma.Tiada apa-apa syarat lain dikemukakan - isi borang , anda dapat beg itu secara percuma.

Tetapi, mereka seperti mana tujuan asal tatkala mengisi borang dahulu, mereka sekadar mahukan beg yang ditawarkan secara percuma itu sahaja dan tidak mahu menggunakan kad kredit tersebut.
Setelah genap setahun, tiba-tiba mereka ini menerima penyata akaun Kad Kredit Giant yang tidak pernah mereka gunakan dengan tuntutan berjumlah RM103.58.
Adakah anda salah seorang mangsa kad kredit tersebut? Anda dikenakan bayaran keatas kad kredit yang tidak pernah anda gunakan.Inilah rompakan di siang hari ....
No comments:
Post a Comment