" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 2, 2010

Jamil Khir Mula Serasi Dengan Umno

Oleh laniisma

Nampaknya Jamil Khir mula serasi, mula pandai bermain kata dan madah berhelah ketika bersama Umno. Pernyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tentang 'bajingan' dan 'balaci' Zukifli Nordin.

"Beliau mempunyai asas untuk berkata sedemikian kerana gusar dengan cara pimpinan oleh pihak tertentu.” Tidak ada dah, tidak bolehnya sebagaimana Tan Sri Harussani Zakaria “Dalam Islam kita dilarang menggelar orang kerana ia perbuatan fasik."

Beliau mulai seronok dengan Umno, bercakap kena ikut rentak Umno, gaya kena Umno bahkan berdehem pun gaya Umno juga. Apabila ada seseorang yang boleh memihak kepada Umno atau seakan-akan Umno maka pernyataan hukum menjadi tergendala dan seperti dibolehkan. Tidak seperti tidak bersama Umno, hukum yang nyatakan lebih menjurus dan tidak berselindung, tetapi apabila bersama Umno semuanya malu-malu untuk dinyatakan. Oleh itu kita jangan terlalu mengharapkan 'syeikh-syeikh' ini bertegang leher, bermerah mata mempertahankan Islam melalui Umno.

Ini yang tak seronoknya apabila orang agama masuk Umno. Tersekat-sekat, tergagap-gagap tentang agama. Sepi tak tak bertenaga. Silap-silap boleh tumbang terus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111