Mewakili pembaca Harakah yang pernah menyumbang di dalam tabung-tabung ini, akal kita diragut pertanyaan baru iaitu - kenapa tiada laporan langsung berhubung tabung kebajikan dan keprihatinan di Padang itu?
Gempa bumi di Padang tidak lama dahulu menyebabkan rakyat kita telah mencurahkan wang kepada beberapa pertubuhan tertentu. Bangsa kita terkenal sebagai bangsa yang pemurah.
Tidak terkecuali antara yang terlibat dengan kegiatan itu, adalah akhbar Harakah sendiri.
Saya difahamkan, bahawa tabung-tabung berkebajikan yang dianjurkan Harakah ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Kata orang, jumlah kutipan bagi tabung-tabung Harakah ini pernah mencecah ke angka jutaan ringgit. Dengan itu, tahniah saya ucapkan.
Mewakili pembaca Harakah yang pernah menyumbang di dalam tabung-tabung ini, akal kita diragut pertanyaan baru iaitu - kenapa tiada laporan langsung berhubung tabung kebajikan dan keprihatinan di Padang itu?
Apakah ada sesiapa yang mendengar perkembangan tabung gempa bumi di Padang yang dianjurkan Harakah itu? Mohon penjelasan sesiapa ...
No comments:
Post a Comment