" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 23, 2010

PAKATAN RAKYAT MAKIN KUKUH DI KENINGAU

Oleh: ZULWAWAR MUMTAZ

PAS kawasan Keningau telah menghadiri program sehari bersama Lim Kit Siang dan pimpinan Dap yang turun ke Keningau dalam rangka untuk program bersama rakyat. Lim Kit siang bersama-sama dengan dua orang ahli Parlimen daripada semenanjung turun melihat rakyat dengan lebih dekat.

Pimpinan Pas Keningau datang memberikan kerjasama untuk memperlihatkan perpaduan yang mantap di kalangan pakatan rakyat. Hisammuddin Sulaiman, Ketua Penerangan Negeri Sabah merangkap YDP Pas Kawasan Keningau hadir dalam program tersebut .

Pada waktu petang, pimpinan Pas dan DAP melawat kawasan Keningau contohnya, meninjau batu bersurat di Majlis Daerah Keningau, Kg Tuarid Liawan yang terletak 1 km daripada Keningau, Kg.Biah yang mempunyai masalah ‘mempunyai paip air tetapi air tidak ada’ dan mereka ditinggalkan dalam arus pembangunan. Seterusnya para pimpinan ini berdepan dengan pelbagai aduan penduduk yang cukup banyak kerana dipinggirkan oleh BN di Sabah ini.

Mereka juga sempat melawat pasar malam Keningau yang dikuasai oleh peniaga asing bukan rakyat tempatan dan program itu diakhiri dengan program makan malam. Dalam majlis makan malam tersebut, pimpinan Pas diberi penghormatan untuk memberikan ucapan.

Para pimpinan Pas kawasan Keningau juga terharu pada malam tersebut kerana semua makanan untuk pimpinan Pas ditempah daripada Restoran yang halal. Ini menunjukkan mereka sangat memahami akan aturan agama Islam.

Hisammuddin Sulaiman mewakili Pas Sabah menyatakan komitmen PAS untuk bersama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Turut sama dalam majlis makan malam itu ialah, pimpinan PKR seperti Dr.Jefrey Kitingan dan turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr.Hiew dan juga Adun Sri tanjung iaitu ‘Tiger’ Wong.

Lim Kit Siang mengatakan, ”Kalau mahu menumbangkan kerajaan BN yang sedia ada, maka BN SABAH mesti ditumbangkan, kalau tidak hanya tinggal impian untuk ke Putrajaya”.

Hisammudin Sulaiman menyatakan rasa kegembiraan dengan situasi dan penerimaan DAP terhadap PAS terutama dalam wadah Pakatan Rakyat. Jika inilah perkembangan yang berlaku maka impian mahu menumbangkan BN akan terlaksana. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111