" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 22, 2010

Persatuan penulis perlu ada unit runding Hak Cipta - Amiruddin

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Bagi menyelesaikan masalah hak cipta penulis, para persatuan penulis di negara ini perlu bersatu mewujudkan Unit Runding Hak Cipta, kata Ketua Satu Persatuan Penulis Johor Amiruddin Md Ali Hanafiah.

"Ini kerana, kesedaran berhubung hak cipta penulis di negara ini masih berada di tahap yang rendah. Ramai penulis yang tidak sedar lagi kepentingan hal ini," kata beliau kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Hal kebajikan penulis ini sukar diatasi kerana, antara puncanya, ia tidak dilihat sebagai kerjaya profesional yang dibantu oleh pertubuhan khas.

"Kalau kita lihat kerjaya profesional yang lain seperti doktor, jurubina bangunan, jurutera dan peguam, semuanya akan dilantik secara langsung untuk masuk ke dalam majlis-majlis yang telah dibentuk sebelum ini.

"Jadi, masalah mereka boleh diatasi dengan mudah. Tapi, persatuan penulis tidak begitu. Jika ada penulis yang terbeban dengan masalah hak cipta misalnya, pimpinan persatuan penulis akan bertanya, sama ada penulis itu sudah menjadi ahli persatuan penulis atau belum?

"Seolah-olah, nak bantu penulis, perlu menjadi ahli persatuan penulis terlebih dahulu," tambah beliau.

Melihat kemelut ini, Amiruddin berkata, mana-mana persatuan penulis boleh membantu mana-mana penulis tanpa mengira kedudukan mereka sebagai ahli persatuan.

Di samping itu, beliau yang juga Pengerusi Biro Hak Cipta Pena berkata, persatuan penulis perlu mengambil inisiatif ke arah mewujudkan tabung kebajikan dengan matlamat memelihara hak-hak kebajikan para penulis untuk jangka masa panjang.

"Kalau dengan tiba-tiba penulis itu sakit, adakah nanti persatuan penulis itu nak turun membantu? Jadi, sebab itulah persatuan penulis ini perlu menubuhkan tabung persatuan penulis sendiri," kata beliau lagi.

Menyentuh perkembangan lain, Amiruddin berkata, persatuan penulis jangan hanya memikirkan usaha menyusun acara aktiviti sahaja, malah ia perlu disusuli dengan kegiatan membincangkan isu hak cipta untuk kembali membangunkan kesedaran para penulis hari ini.

"Ini kerana, mutakhir ini ramai penerbit ambil kesempatan ke atas penulis. Jadi para persatuan penulis perlu bertindak sebagai perunding antara penulis dengan syarikat penerbit bagi memastikan hak-hak mereka tidak terabai," kata beliau lagi.

Tambahnya, kedudukan persatuan penulis sebagai perunding antara penulis dan syarikat penerbit ini mungkin sukar dilaksanakan oleh majlis yang ditubuhkan kerajaan lantaran jiwa kebajikan itu boleh dikatakan tidak wujud dalam kalangan mereka.

"Majlis-majlis buku yang ditubuhkan kerajaan contohnya tidak berfungsi dengan baik untuk menangani masalah hak cipta. Jiwa untuk menjaga kebajikan para penulis dalam kalangan pertubuhan ini hampir tidak ada," tambah Amiruddin lagi.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111