" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, April 21, 2010

Kerjasama PAS dan DAP Sarawak kian mantap

MACAM-macam orang kata: PAS kononnya sudah diperalat oleh DAP, PAS juga kononnya telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP, tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP, bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu. Namun semua itu tidak dihiraukan oleh PAS.

Bertambah kerap gambar kelihatan Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Di Miri, buat kali pertama di sebuah Kampung yang majoriti penduduk Iban, dua pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat Miri, di mana Yang Di Pertua PAS Miri, Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Saudara Fong Pau Teck dari DAP hadir pada program penerangan bersama rakyat di Kampung Pasir, Lutong Miri.

Sementera itu, serentak di Bandar Sibu kepimpinan tertinggi dari PKR,SNAP,DAP dan PAS malah diketuai sendiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhimpun dalam majlis pengumuman calon PRK Sibu yang sebulat suara dipilih dari DAP.

Program di Miri bermula seusai program Usrah Gabungan di Markas PAS Miri yang disampaikan oleh Alfadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Melaka yang dalam kerangka lawatan dakwah ke Borneo dan Brunei.

Rombongan PR diketuai majoriti dari PAS dan DAP berkumpul di Rumah DAP lalu bergerak serentak ke Kampung Pasir.

Program itu mendapat sambutan meriah ratusan penduduk kampung. Antara program ialah pendaftaran dan semakan pengundi, tayangan video kezaliman BN merampas tanah adat, disamping ceramah penerangan dari setiap komponen PR.

Program ini jelas berjaya memecahkan tembok ketakutan terhadap PAS oleh masyarakat peribumi Sarawak yang berbangsa Iban.

Malahan sungguh menakjubkan seorang penduduk yang ditemui berkata.

"PAS..Kamek kenal Tuan Guru Nik Aziz dan pernah jumpanya di lapangan terbang.

Dia sorang yang kamek tahu sik ambik rasuah dan hidup susah macam kamek di sitok,kalau dapat bawak nya ke kampung kamek," kata penduduk itu dalam bahasa tempatan Sarawak.

Program yang berakhir sebelum solat Fardhu Asar itu menjadi titik permulaan program merakyatkan PAS dalam masyarakat peribumi Sarawak.

Sungguh menakjubkan melihat wanita dan kanak kanak menggunakan cenderamata kipas berlogo PAS di bumi kenyalang yang indah ini. EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111