" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 15, 2010

Suspek bunuh kekasih reman seminggu


ALOR SETAR - Suspek wanita pengkid yang dituduh membunuh kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Kristal di sini, pada 4 Mac lalu, direman seminggu bermula semalam, setelah polis mendapat perintah tahanan reman.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghafar Rajab berkata, perintah tahanan ke atas wanita berusia 33 tahun itu diperoleh melalui Pendaftar Mahkamah Majistret, Rashidah Azmi setelah suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Menurutnya, polis bertindak menahan suspek petang kelmarin selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah menjalani rawatan di hospital itu, setelah bertindak mencederakan diri sendiri dengan mengelar pergelangan tangan kiri ketika malam kejadian.

“Polis kini mendapat perintah reman seminggu ke atas suspek bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita dipercayai teman baik mangsa di Taman Kristal, Mergong pada 4 Mac lalu.

“Polis bertindak menahan suspek pada petang semalam, setelah dia dibenarkan keluar dari HSB selepas menerima rawatan di situ,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 Mac lalu, kerana cemburu, cinta songsang yang terjalin di antara seorang wanita berbangsa Melayu dan seorang pengkid berakhir dengan tragedi apabila mangsa mati ditikam tujuh kali oleh suspek dalam kejadian di lorong belakang Taman Kristal, Mergong kira-kira jam 9.30 malam.

Lebih mengejutkan, suspek cub:a bertindak membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kirinya sejurus selepas menikam mangsa sebelum diselamatkan oleh saksi kejadian dan dihantar ke HSB dengan segera.

Mangsa, Suhana Mohd Shariff, 26, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira jam 11.35 malam kejadian dipercayai akibat kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. SumberSinarharian:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111