" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 22, 2010

ZAHRIN DEDAH LAPAN MP UMNO YANG CURANG

Laporan: HALIK ZAMAN

CERAMAH Pakatan Rakyat hari ini di Pejabat Penerangan Pakatan Rakyat Sepanggar diwarnai dengan ceramah dan mesej yang telah di sampaikan oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Akin.

Dalam ceramah tersebut beliau telah meminta keluarga Pakatan Rakyat Sabah untuk turun padang dengan lebih kerap lagi untuk menyalurkan sesi penerangan terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku pada masa kini.

“Sebarkan kerpada rakyat Sabah bahawa Perdana Menteri Najib menggunakan setiap sudut kekuatan politiknya untuk menghancurkan kekukuhan Pakatan Rakyat khasnya dan PKR amnya,” tegas Shamsul yang turut menyatakan pelbagai taktik dan agenda yang tidak baik dilaksanakan demi untuk mencapai matlamat UMNO/BN; untuk melihat Pakatan Rakyat terlerai dan PKR rebah tersungkur menyembah bumi, selaras dengan niat buruk Najib.

Seawalnya, UMNO/BN cuba untuk menggoncang kekuatan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan. UMNO/BN telah memperbesarkan isu Kerajaan Perpaduan yang di andaikan mampu menggoyah ikatan kukuh Pakatan Rakyat, namun usaha mereka menemui jalan buntu dan gagal.

Tidak cukup dengan itu, kata Shamsul, UMNO/BN sekali lagi cuba untuk menggoncang DAP dengan isu kalimah Allah. Pelbagai propaganda telah disebarkan untuk memudarkan kepercayaan orang Islam terhadap keikhlasan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ternyata operasi mereka tidak Berjaya. Gagal lagi.

Shamsul menjelaskan, UMNO/BN sekali lagi cuba membinasakan PKR dengan cubaan memusnahkan karier politik dan maruah Dato’ Seri Anwar dengan kes fitnah kedua. Tidak hanya Anwar, malah isteri beliau yang juga Presiden PKR juga turut diheret bersama ke kancah penghinaan.

Tujuan mereka, getus Shamsul, tidak lain selain untuk mematahkan semangat perjuangan orang Melayu dalam PKR. UMNO/BN berharap orang Melayu yang sensitif dengan isu-isu liwat akan segera menarik diri dari PKR dan kembali ke pangkuan UMNO/BN.

Nyata sekali kesemua percubaan UMNO/BN gagal. Bukan sahaja orang Melayu terpengaruh, malahan orang Melayu bertambah marah kepada para pemimpin UMNO dan bersimpati pula kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

“Terkini dan mutakhir, UMNO/BN mempergunakan Zahrin untuk menjatuhkan PKR. Zahrain yang bagaikan lembu dicucuk hidung dengan lantangnya menyatakan dalam persidangan Parlimen mengenai hasrat Dato’ Seri Anwar untuk berjumpa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung dan Panglima Tentera Malaysia untuk memaklumkan akan pembentukan sebuah kerajaan baru,” kata Shamsul yang menyifatkan Zahrain sebagai pembohong besar yang diupah UMNO.

Memang secara logik dan praktikal politik semasa, kata Shamsul, seseorang Perdana Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar dibolehkan untuk dilucutkan jawatannya di istana sahaja. Bukan lagi mengikut perundangan di mana perlucutan hanya boleh dibuat di dewan negeri/rakyat. Kes “rompakan kuasa” di Perak telah menjadi suatu kes rujukan utama kepada susur-galur politik di Malaysia sekarang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO/BN dengan megah mendabik dada dan tertawa ria bila Anwar Ibrahim diaibkan dengan tuduhan-tuduhan “hearsay evidence” daripada Zahrain. Akan tetapi mereka terlupa, dalam masa yang sama, apa sahaja yang diperkatakan oleh Zahrain akan menjadi satu penangan balik kepada UMNO/BN.

Lapan orang Ahli Parlimen yang di sebut namanya oleh Zahrin telah dicacatkan imejnya pada pandangan mata Dato’ Seri Najib dalam Dewan Rakyat. Dengan terdedahnya nama 8 orang MP Dewan Rakyat yang ingin melompat ke PKR itu, sudah pasti mereka ini tidak ada lagi peluang menjadi calon di bawah tiket BN pada PRU13 yang akan datang.

Kata Shamsul, antara Zahrain sedar atau tidak, sikap yang ingin ‘membantu’ UMNO/BN dalam memaklumkan aktiviti PKR telah menghancurkan karier politik mereka dalam UMNO. Najib sudah pasti tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kelapan-lapan MP yang di sebut namanya oleh Zahrain itu.

“Syabas kerana Zahrin telah berbuat kerja baik untuk PKR. Tahniah diucapkan kerana niat beliau sebenarnya untuk memalukan Anwar tetapi akhirnya ‘memakan’ UMNO/BN sendiri serta ‘menikam karier politik’ 8 orang ahli Parlimen UMNO yang disebut namanya oleh Zahrin,” kata Shamsul lagi.

Walaupun kenyataan Zahrain dinafikan oleh 8 orang MP UMNO tersebut tapi parut lukanya mesti nampak ketara bahawa 8 orang MP tersebut sudah mencacat cederakan ketaatan mereka kepada UMNO dan Najib. Bolehkah Najib percaya mereka?

Demikian kata Ketua Pemuda Pusat, Shamsul Iskandar Akin menamatkan ceramahnya di Sepanggar malam tadi. Turut memberi ceramah ialah Ustaz Annuar Ali PAS Sabah dan Razak Jamil Ketua AMK Sabah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111