" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 25, 2010

ZUlkifli Nordin lagi....

Oleh charlie

"Tadi saya menerima sms dari seorang kawan yang dulu sangat meminati seniman Zulkifli Nordin (malam ini dia layak digelar seniman kerana lakonan beliau yang sangat baik, malah meneggelamkan reputasi beliau sebagai seorang peguam dan wakil rakyat aka Pejuang Islam, gelaran yang beliau gelarkan pada diri beliau sendiri)

Tidak perlu saya nyatakan apa yang kawan saya ini tulis pasal Zulkifli Nordin malam ini, cukup sekadar menyatakan Zulkifli Nordin yang sebelum ini menuduh TGNA sebagai macai DAP tapi beliau yang sebenarnya macai UMNO dan Najib. Malam ini Zulkifli membela Najib Tun Razak, pemimpin nombor satu sebuah parti perkauman UMNO yang dipenuhi dengan perasuah, pembohong, peminum arak, pencabul gadis di pub dan sebagainya. Sebagai membalas SMS beliau, saya sempat bertanya, masihkah beliau menghormati Zulkifli Nordin sebagai pejuang agama? Tiada jawaban dari beliau.

Seperti kebanyakan orang lain, saya juga mengenali Zulkifli Nordin semasa beliau bercakap mengenai murtadnya Aishah Bukhari lebih dari 10 tahun yang lalu. Saya mendengar ceramah beliau dari kaset yang dipasang oleh kawan di kereta beliau. Walaupun tindakan beliau mendedahkan kemurtadan Aishah Bukhari dipuji, namun tidak ada tindakan selanjutnya dari " so-called self-proclaimed" pejuang agama ini. Saya sedikit pun tidak mengkagumi cara beliau bercakap,hanya seorang peguam biasa yang tidak ada apa-apa.Setiap ayat yang beliau bercakap, akan diakhiri dengan perkataan "itu saja". Sikit-sikit "itu saja". Malah dalam 2 minggu lepas, tulisan dalam blog beliau juga sama, sikit-sikit "itu saja". Nyata beliau bukan seorang peguam yang boleh berhujah dengan baik. Tertanya-tanya pula kenapa hanya kes murtad Aishah Bukhari ini saja yang beliau perjuangkan sedangkan banyak kes murtad lain, seperti kata Mufti Perak, lebih dari 15 ribu orang yang murtad. Saya menyangkakan beliau hanya mahukan publisiti untuk menaikkan nama beliau, supaya dalam hal-hal agama, orang ramai boleh melantik beliau sebagai peguam. Tapi selain dari kes Aishah Bukhari itu (yang tidak ada apa-apa tindakan signifikan dari beliau), apa lagi kes-kes besar yang famous yang beliau kendalikan? Kes DSAI? Jangan lupa bagi kes DSAI, nama beliau tidak ada dalam senarai peguam-peguam hebat yang dipilih oleh DSAI pada mulanya. Tetapi akibat dari rayuan beliau, DSAI bersetuju untuk menyenaraikan nama beliau, itupun dengan kebenaran mahkamah berkenaan. Juga, tiada penghujahan yang dibuat oleh beliau dalam kes DSAI, bermakna beliau hanya penumpang saja, ibarat melukut di tepi gantang, masuk tidak menambah, keluar tidak mengurang.

Beberapa minggu lepas saya pernah bertanya kawan tadi, di manakah beliau nampak Zulkifli Nordin sebagai pejuang agama? Cukup sekadar memperjuangkan kalimah Allah? Kenapa beliau membuat laporan polis mengenai MP Shah Alam, YB Khalid Samad hanya kerana bertelagah mengenai kalimah Allah? Mengapa bila YB Nazri Aziz membenarkan kalimah Allah digunakan di Malaysia Timur (juga kalau tak silap di KL dan Pulau Pinang), beliau tidak membuat laporan polis. Nyata tindakan beliau itu mengelirukan orang ramai. Mana nak letak label pejuang Islam pada diri Zulkifli Nordin ini? YB Khalid Samad cabar beliau untuk berdebat isu kalimah Allah, tetapi seperti yang saya jangkakan, beliau tidak akan berani menyahut cabaran ini. Entah esok lusa, saya tidak tahu kalau beliau mendapat bantuan dari Najib untuk menyahut cabaran YB Khalid ini. Satu yang saya nampak, kalau diundang bercakap di TV, beliau akan pastikan hanya beliau seorang saja yang dijemput, dan kalau ada jemputan lain, beliau akan pastikan jemputan itu adalah rakan sealiran dengan beliau. Beliau tidak berani berdebat berdepan dengan musuh politik beliau. Itulah Zulkifli Nordin....

Kemudian si pejuang Islam ini marah-marah bila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guat Eng dikatakan membatalkan perarakan Maulidurrasul di Pulau Pinang, sebaliknya menggantikannya dengan ceramah. Hanya kerana itu Lim Guat Eng dan seluruh kerajaannya dikatakan anti Islam, sedangkan perarakan tersebut sebenarnya bukan sunnah nabi, malah tidak berdosa apa-apa jika tidakpun diadakan. Inikah perjuangan Islam ala Zulkifli Nordin sehingga beliau menggelarkan diri sendiri sebagai pejuang Islam? Beliau seolah-olah meletakkan diri beliau sebagai pejuang Islam nombor satu di Malaysia, malah seolah-seolah juga beliau sajalah yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Syukur kerana PKR mengambil tindakan yang amat baik dengan memecat Zulkifli Nordin. Beliau berkata Lim Guat Eng adalah duri dalam daging tetapi sebenarnya beliaulah duri dalam daging bagi PR. Takut saya bila membaca komen-komen mengenai beliau berbulan-bulan sebelum beliau dipecat di mana rakyat tidak akan lagi mengundi beliau jika dicalonkan lagi di mana-mana kawasan parlimen kerana tidak tahu membuat kerja sebagai ahli parlimen. Lihatlah dalam harakah baru-baru ini bagaimana pejabat beliau di Kulim ditutup kerana tidak bayar gaji pekerja. Beliau juga dikatakan tidak pernah melawat kawasan, dan orang beginikah kita nak beri lagi undi?

Saya berhenti di sini. Tidak mahu saya komen mengenai komen bodoh beliau dalam kes Balasubramanian P.I di TV tadi. Seorang warganegara yang cerdik, seorang peguam yang berakal hatta seorang pejuang Islam yang berdedikasi tidak akan membuat komen bodoh mengenai kes Bala tersebut. Rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dalam kes Altantuya ini. Biar orang lain komen pula..

DetikDaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111