" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 13, 2010

APCO: Laporan Polis Serentak Esok

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (PPP), Nasruddin Hassan dipetik media meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin kerana penglibatan APCO dianggap memberi ancaman kepada kedaulatan negara.


Selain DPP, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing.


Sehubungan itu, satu perhimpunan aman akan diadakan di masjid-masjid negeri di seluruh negara pada 16 April ini bagi menyatakan bantahan terhadap penglibatan firma perunding yang didakwa ada kaitan langsung dengan Zionis Israel itu.


"Kita juga akan adakan demonstrasi serentak di masjid-masjid negeri 16 April ini sejurus solat Jumaat," tambahnya lagi.
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berkait isu sama di seluruh negara.


Antaranya dibuat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Mariah Mahmood (Kota Raja) dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111