" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 8, 2010

BAIDURI Tipu Sumbangan - DPPN PK

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Polis menyiasat Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional negeri Perak (BAIDURI) kerana masih menggunakan nama lamanya iaitu Badan Amal Dan Usaha Isteri-isteri Wakil rakyat negeri Perak (BAIDURI) sedangkan mereka telah meminda dengan menukar nama barunya daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak yang telah diluluskan tahun 2008 lagi.

"DPPN Pk merasakan BAIDURI yang boleh disifatkan sebagai badan politik tidak boleh menerima sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri mengikut etikanya," Kata Naib Ketua, Dewan Pemuda Pas Perak, Salman Haji Saleh dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.

Menurut Salman, BAIDURI jelas telah menipu semua agensi Kerajaan Negeri yang telah menyalurkan sumbangan kepadanya.


"ini jelas telah menyalahgunakan kewangan rakyat dan kerajaan," kata Salman.

Beliau yang mewakili DPPN Pk juga merasakan Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memperjelaskan berkaitan perkara ini kerana DPPN Pk telah membuat aduan pada 27 Jun 2008 lagi.

"DPPN Pk meminta supaya pihak Polis dan juga SPRM telus di dalam memastikan sumber kewangan rakyat dan juga kerajaan tidak disalahgunakan," kata beliau lagi.

Bagi beliau, rakyat sudah tentu mempertikaikan BAIDURI yang jelas menggunakan nama sebuah parti politik mendapat kewangan rakyat dan kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111