" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 16, 2010

Biarkan Katak Melompat Dalam Musim Mengawan

Saya sebenarn malas nak timbulkan isu bekas Exco Kedah dan ADUN Bakar Arang yang mewakili KEADILAN, Tan Wei Shu jadi katak hari ini

Tapi nak juga ulas sebab ia mungkin ada sedikit ganguan dalam kemaraan PR memenangi PRK Hulu Selangor dan Sibu. Mana tak ganggunya, berita tentang katak baru ini mungkin akan menjadi berita utama di Berita Hairan atau Utusan Penyebar Fitnah Rakyat esok. Bukaklah kalau tak percaya. Tapi jangan beli sudahlah…

Apapun, saya sebenarnya nak timbulkan sesuatu buat kita berfikir semua.

1. Kenapa buat pengumuman jadi katak semasa PRK Hulu Selangor mahu diadakan. Kenapa tak letak lepas dipecat jadi exco pada 10 Mac lalu. Tunggu PRK ke baru nak berbuat demikian. Baru dapat banyak duit dari BN kerana boleh jadi senjata top gun serang PR

2. Memang setiap katak yang melompat ada masalah sendiri. Sama ada masalah makanan, habitat tempat tinggal yang dicerobohi, virus denggi..atau apa-apa lagilah. Kena kacau dek kanak-kanak pun melompat. Dan katak terbaru ni, dilaporkan mempunyai masalah prestasi kerja dan malas buat kerja

3. Berudu yang jadi katak ni selalu muncul bila ada PRK. Di PRK Permatang Pasir, ada katak dari Lunas. Dan sekarang, ada katak bila wujudnya PRK Hulu Selangor. Kenapa katak ini muncul bila ada PRK, kenapa tak timbul masa hujan sahaja?

Apapun, isu lompat ini sudah tak relevan. Rakyat dah bosan. Lagipun Datuk Seri Anwar Ibrahim akui kesilapannya dalam pemilihan calon bagi PRU 12 dahulu. Dia tak sedar ada berudu yang akan jadi katak nanti. DSAI lagipun tak tahu dapat majority 2/3 di Parlimen. Memang ramai orang PKR dari UMNO dan BN. Jadi tak hairanlah mereka ni suka melompat bila ada pulus.. takpa, biarkan katak bermaharajalela dalam tempoh sebelum PRU 13. Biarkan mereka ini bersuka ria..biarkan mereka beranak pinak. Jangan kacau musim mengawan mereka…biarkan

Bahkan ADUN ini sudah dijangka akan keluar parti. Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan telah berkata tindakan Tan itu telah dijangka kerana beliau tidak berpuas hati setelah parti membuat keputusan untuk mengugurkan beliau daripada jawatan Exco. Dan langkah katak itu dikatakan tiada kesan kepada PKR kerana ianya sudah dijangkakan kerana beliau banyak merungut setelah digugurkan jadi EXCO kerana masalah prestasi kerja Bahkan katanya parti akan lebih mantap dan kukuh selepas ini dalam proses pembersihan YB yang tidak ikhlas dalam perjuangan parti itu.

Manakala menurut Ketua Pengarah Strategik Keadilan Tian Chua pula menyatakan tindakan Tan Wei Shu keluar dari Keadilan adalah disebabkan beliau kecewa kerana gagal memikul tanggungjawab yang diberikan sebagai exco negeri sehinggakan gagal untuk terus menjawat jawatan tersebut.

Menurutnya lagi, Tan Wei Shu juga tidak mampu menjadi seorang Adun kepada rakyat kerana beliau tidak mampu untuk bertutur fasih dalam bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris. Tian Chua juga menyifatkan bahawa Adun Bakar Arang mungkin telah dibeli oleh pimpinan parti Barisan Nasional yang menggunakan para pembelot parti Keadilan untuk bersama-sama bersetolongkol kearah kehancuran.

Kan dah terdedah lagi bersuluh, bahawa katak-katak ini melompat kerana tewas dengan diri sendiri dan fulus..bukannya kerana hujan atau dikejar kucing liar..bukan..bukan..mereka melompat kerana gagal dan tamak..tu je… sumber copy klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111