KUALA LUMPUR : DAP yang mewakili parti bukan Islam dengan keras membantah lesen judi yang dikeluarkan di Malaysia ketika ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar berkata Pakatan rakyat (PR) telah memutuskan menghantar memorandum yang membantah kelulusan lesen judi di Malaysia dan dipersetujui oleh setiap pemimpin komponen parti dalam PR.
"Kita telah putuskan untuk buat memorandum. DAP tegas mengatakan judi di Malaysia terlalu teruk," jelas beliau dalam ceramahnya di kampung Datuk Harun Serendah semalam.
Beliau hairan bagaimana DAP sebagai parti bukan Islam membantah keras lesen judi namun kecewa kerana orang yang beragama Islam sendiri yang meluluskan lesen judi ini.
Menurut beliau, memorandum itu bertujuan mendesak supaya lesen perjudian yang baru dikeluarkan kerajaan dibatalkan dengan serta merta.
Memorandum itu telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin PR namun Umno dan BN menolak untuk menandatangai memorandum tersebut.
Memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP juga mendesak kerajaan mengawal dengan ketat penggunaan lesen perjudian sedia ada kepada masyarakat bukan Islam. EraPakatan.com

No comments:
Post a Comment