KUALA LUMPUR : Rakyat pelbagai kaum di Selangor merasa bertuah berada di bawah naungan Pakatan Rakyat yang pemerintahannnya berasaskan mengutamakan keperluan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Sijantung, Chan Fook Heng, 49, berkata, sejak PR menerajui Selangor, rakyat pelbagai kaum di negeri itu terutamanya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor cukup selesa dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan dan dilaksanakan sehingga kini.
Menurutnya, dasar itu berasaskan kepada keperluan rakyat terutamanya golongan miskin di negeri termaju di Malaysia itu berbanding dasar BN sebelum ini yang mengikut kroni dan dan mengkayakan segelintir elit pemimpin BN.
“Saya cukup bangga dengan keberanian dan ketabahan Yang Berhormat, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh menguruskan negeri ini walaupun ditekan dan difitnah dengan pelbagai tuduhan dan pembohongan dari pihak-tertentu yang begitu terkejut dengan kekalahan mereka pada 8 Mac 2008,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui dalam majlis lawatan ramah mesra oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Kampung Sijantung baru-baru ini.
Mengulas isu sama, Goby a/l Kandasamy, 32 pula berkata, sistem perayaan yang diperkenalkan oleh PR selama dua tahun ini antara perkara yang membuatkannya kagum dan teruja.
Gaby yang juga seorang peniaga memberitahu, PR yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum benar-benar melaksanakan dasar mereka melalui pelaksanaan seperti yang dapat dilihat melalui majlis perayaan yang menggalakan semua kaum sejak dua tahun lalu.
Diajukan soalan bahawa BN ada membuat perkara yang sama, beliau dengan tegas mengatakan; “Pemimpin BN hanya melakukannya di Putrajaya dan dirakam oleh pelbagai media pengampu mereka dan tidak merakyat seperti mana yang diterjemahkan oleh PR.
PR bukan sahaja melakukannya di Shah Alam, tetapi juga di sini walaupun ketiga-tiga wakil rakyat di sini bukan dari PR” katanya.
Sementara itu, Rohayati Ali, 37 mengalu-alukan dasar PR seperti pemberian air percuma, wang khairat kematian, skim untuk warga emas dan pelbagai jenis bantuan yang mana ke semua itu terus sampai kepada rakyat.
Rohayati menjelaskan, ke semua skim itu menunjukkan PR komited mengembalikan hak rakyat di negeri itu yang selama ini dinafikan oleh kerajaan BN teruatamnya di era pemerintahan Khir Toyo. EraPakatan.com
Jom santai bersama keluarga... klik banner ini !!!
No comments:
Post a Comment