" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 29, 2010

Dato Zaid Dijangka Menang Petisyen Membatalkan Kemenangan BN Di Hulu Selangor

Dato’ Zaid dilaporkan akan failkan petisyen ke mahkamah Tinggi bagi membatalkan kemenangan P Kamalanathan dalam PRK Hulu Selangor dahulu.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.” katanya.

Oleh itu, maklumat di bawah ini amat berguna sebelum dibawa saksi-saksi ke mahkamah. Saya berkeyakinan bahawa aka nada satu pilihanraya baru di Hulu Selangor kerana jelas bahawa BN dan SPR telah melakukan perbuatan jenayah dengan melampaui kuasanya serta bertindak zalim kepada Pakatan Rakyat..Ini bukannya soal kalah dalam Pilihanraya tetapi soal keadilan dan undang-undang. Jadikan Hulu Selangor sebagai langkah awal sebelum SPR dibersihkan sepenuhnya sebelum PRU ke 13 nanti. Inilah bukti-bukti jelas perlakuan rasuah UMNO yang memang kalau tak makan rasuah, tak sah namanya UMNO. Ini dia : 1. Rasuah paling besar, Big Rosmah tawarkan kepada penduduk Hulu Selangor bahawa BN akan bina pusat PERMATA ROSMAH di Hulu Selangor jika menang dalam PRK itu

2. BN berjanji untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang Pilihanraya

3. Berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

4. RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir

5. Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam Parlimen Hulu Selangor

6. RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,

7. Membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta (mempolitikkan masjid)

8. RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa

9. Tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa di Hulu Selangor

10. Peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang. 11. Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

12. Menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu dan telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu.

13 Peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor

14. Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula 26 AprilSejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat.

Memang banyak BN rasuah pada pengundi. Kalaulah tak adakan pilihanraya semula, tak tahulah nak kata. Ikutkan bukti keterangan yang ada, tak mustahil bahawa Hulu Selangor akan menyaksikan satu pilihanraya yang semula..ia tak mustahil berlaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111