" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 23, 2010

DR Halili Keluar PKR Kerana Tidak Terpilih Atau ….

Oleh IZMAS

SALAH satu berita paling mengejutkan sempena pilihan raya kecil parlimen Ulu Selangor ialah pengumuman Datuk Dr Halili Rahmat, rakan karib, pejuang awal dan doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari PKR. Berita itu dianggap kemenangan moral besar kepada Umno dan calon BN dalam pilihan raya kecil itu dan berita yang pastinya tidak mengembirakan Pakatan khasnya PKR.

Beberapa penulis dan pemerhati politik berpendapat – dari luar dan dalam Pakatan – bahawa pengumuman Dr Halili itu dibuat kerana beliau kecewa tidak terpilih sebagai calon yang layak mewakliil PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Langat. Halili dikatakan anak tempatan berasal dari daerah itu dan sepatutnya diberikan peluang bukan calon dari luar yang tidak dikenali rakyat tempatan.

Beliau dikatakan berkecil hati kerana Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang lebih merupakan ahli baru parti dan belum kenal jerih payah erti perjuangan seperti sudah dilalui Halili. Halili adalah salah seorang pengasas PKR bersama Anwar dan kawan-kawan lainnya sejak 1999 dan telah berkorban banyak masa, tenaga dan hartabenda demi perjuangan parti dan Anwar.

Ramai berpendapat wujud pertimbangan tidak wajar mengapa Zaid dipilih sedangkan banyak suara dalam PKR sendiri lebih memihak Halili atau calon lain yang lebih berwatak bersih, anak tempatan dan kenal kehendak rakyat Hulu Selangor lebih dari Zaid. Seorang kenalan ahli berkedudukan PAS di Johor Bahru memberitahu penulis, pemilihan Zaid kurang tepat dan sepatutnya dipilih calon dari kalangan anak Selangor yang lebih berkeridibel, dekat dengan rakyat tempatan dan sudah lama berjuang dalam parti.

Pemilihan Zaid oleh Anwar mungkin dengan alasan untuk meletakkan segera Zaid dalam heirarki penting kepimpinan parti kerana kebolehan dan kedudukan beliau sebagai peguam terkenal, berpengaruh, berharta dan layak menggantikan tempat Anwar seandainya berlaku perkara tidak diingini dalam kes lewat Anwar. Zaid boleh mewakilli Anwar dalam pelbagai isu dan perbalahan PKR dengan BN yang memerlukan kepandaian tokoh yang mampu menandingi kebolehan pemimpin dari Umno dan BN. Kebolehan ini mungkin tiada pada Halili yang lebih disifatkan sebagai ahli yang setia dan sentiasa patuh dengan keputusan parti tanpa boleh diketengahkan seperti Zaid.

Dr Halili mengambil keputusan keluar PKR sehari selepas namanya tidak dicalonkan dan secara langsung sudah mencedera dan merosakkan mood kempen dan peluang calon PKR. Alasan beliau kerana mendapati perjuangan PKR sudah jauh terpesong. Beliau yang juga Bendahari PKR Hulu Selangor berpendapat, PKR kini bukan parti politik yang berteraskan perjuangan mementingkan kuasa sehingga tidak memperdulikan kesejahteraan parti. Beliau mendakwa parti itu sudah dikuasai kumpulan kecil pemimpin berfikiran sempit dan memajukan ideolgi berhaluan kiri yang tidak disenangi orang Melayu, khususnya rakyat Malaysia umumnya.

Kenapa beliau bertindak ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor sedang berlangsung? Kenapa tidak sebelum pilihan raya kecil itu? Adakah alasan beliau sama seperti bekas pemimpin PKR, AP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang didakwa keluar parti berpunca dari kegagalan beliau mendapat tender perniagaan?

Jika inilah alasannya, ini menunjukkan sikap sebenar kebanyakan ahli politik kelas dua di negara ini yang cuba mendapatkan habuan apabila menyertai sesuatu parti politik dan akan meninggalkan parti jika kemahuan mereka tidak tercapai? Ini bermaksud mereka tidak mempunyai prinsip, tidak setia dan cekal dalam perjuangan serta boleh bertindak sebaliknya jika hasrat dan cita-cita peribadi mereka tidak tercapai? Dengan perkataan lain, jika diterima menyertai parti lain, mereka juga boleh meninggalkan parti baru itu jika kehendak hati dan cita-cita peribadi mereka tidak dipenuhi?

Atau benarkah mereka bertindak keluar PKR kerana soal prinsip juga; setelah sedar apabila perjuangan parti yang disertainya itu tidak lagi menyebelah kehendak rakyat terutama orang Melayu sebaliknya memihak orang bukan Melayu dan melihat ramai kawan-kawannya meninggalkan kapal yang kelihatan senget dan hampir tenggelam?

Yang menghairankan, setiap kali pengumuman pemimpin PKR keluar parti, duduk di sebelah mereka itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddun Hashim. Apakah peranan dan kepentingan kehadiran beliau? Adakah beliau merupakan tokoh pemimpin yang selama ini memujuk dan menggalakkan ramai ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111