" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 26, 2010

HARAP YB TEMPATKU MATI PULA

ini YB Paya Jaras dari parti BN/UMNO

Seminggu berulang-alik dari Sg Buloh ke Hulu Selangor. Di sana, banyak pembangunan 'mee segera' berjaya dilaksanakan. Lebih mengkagumkan dengan berita tawaran demi tawaran dari dua belah pihak parti yang bertanding kepada penduduk di parlimen Hulu Selangor.

Pada hari jumaat baru-baru ini, selepas solat jumaat, aku sempat berbual-bual dengan Tok Penghulu kampong. Antara tajuk perbualan kami adalah berkenaan dengan status masjid dalam kampong kami.

Kami sekarang, menunaikan solat jumaat di surau yang dinaikkan taraf, boleh menunaikan solat jumaat. Surau itu agak sempit, dan kadangkala bila hujan lebat, surau itu tenggelam.

"saya dah mohon, dah berulang alik pergi jumpa JAIS nak bincang pasal masjid. Tapi, susah nak bagitau jawapanya" ujar Tok penghulu.

"Saya ada buat temu-janji dengan Hasan Ali, pun lambat nak dapat jawapan. Last-last, katanya lepas hulu selangor ni baru nak jumpa" sambung tok penghulu lagi.

Aku hanya diam mendengar keluhan Penghulu lantikan PAS itu. Hanya menganguk dengan keluhannya. Kadang-kadang berbangga juga dengan kesungguhannya hendak membangunkan kampong yang aku dibesarkan ini.

"macam ni la, kita pakat solat hajat, supaya YB kita mati.. lepas tu, mesti kita dapat masjid dengan cepat" aku memberi cadangan berbentuk gurauan, menyebabkan Penghulu itu ketawa.

YB ditempatku namanya Bushro. Dari parti UMNO/BN. Tapi aku harap, kalau PAS bertanding, janganlah calon PAS itu berfikrah UG. Buat spoil je.

Sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

2 comments:

  1. biasanya yang didoakan mati cepat tu ler panjang umor. mungkin Allah SWT nak uji kesabaran. Yang didoakan panjang umor sebab memang baik orangnya yang Allah SWT jemput dulu. (kata arwah bapak tiri aku ler.)
    Jadi doakan yang baik-baik je la pada sema orang semoga Allah SWT akan memberikan kurniaannya. Kalau yang bukan Islam tu doakan semoga terbuka hati untuk masuk Islam. Kalau yang Islam tu minta terbuka hati untuk lebih beramal jariah sesama manusia.

    kalau orang macam aku ni dipanjangkan umur sebab Allah masih bagi peluang untuk bertobat. kalau dipendek kan umur tu sebab tak nak tambah dosa dan menyusahkan orang lain.

    pepatah orang kampung aku camni:
    "hidup berakal. mati berhantu"
    maksudnya= hidup asik mengakalkan orang bila mati nanti orang kata "HANTU betul si bingai tu. masa hidup asik mengakalkan orang jer keje dia."

    heheheh

    ReplyDelete
  2. aku juga berharap kalau PAS letak calon janganlah letak calon BABRICAN... eheheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111