" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 13, 2010

Kantoi..1 Indonesia : 1 Malaysia : 1 Israel..Malu..Malu..

Kantoi..kantoi…Indonesia pun dijajah oleh Israel melalui APCO Worlwide. Boleh lihat dalam laman web APCO sendiri.

Di kala Najib masih ada di US bincangkan pasal nuclear dan Obama nak serang Iran, satu Malaysia dikejutkan dengan pendedahan ini. Rupa-rupanya di Indonesia, telah wujud 1 Indonesia. Inilah buktinya (siap ada gambar lagi)

Gubernur DIY Sri Sultan Hamengku Buwono X menyatakan Jogja Java Carnival 2009 (JJC) dapat menjadi hiburan spektakuler bagi masyarakat Yogyakarta. Menurutnya, event yang menampilkan ribuan seniman semacam ini akan mewadahi berkembangnya multikultur di Jogja. "Seniman harus menjadi penjaga nurani masyarakat kota Jogja, supaya tidak tenggelam di dalam kehidupan yang fana," kata Ngarso Dalem.

Di kesempatan ini, Walikota Yogyakarta menyerahkan Piagam Satu untuk Indonesia Kota Yogyakarta, yang berbunyi " 1Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan, Untuk Indonesia".

Setelah ditandatangani Gubernur, piagam komitmen tersebut lalu diarak mengelilingi panggung utama.

Nah..siapa yang tiru siapa. Najib tiru Indonesia atau Indonesia tiru najib. Ini semua nasihat daripada APCO itu sendiri. Sebab Israel pun guna One Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Nak kata kebetulan, tak masuk dek akal. Nak tengok kebetulannya tak :

1. lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

2. Jika di Malaysia guna slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" , tetapi slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan".

Adakah ini sekadar kebetulan? Apapun, memang dah rosak slogan 1 Malaysia ini. Dulu dikaitkan dengan 1 Israel. Pastu didedahkan bahawa syarikat Israel yang mereka ciptanya. Sekarang digunakan pula di Indonesia, siap lambang dan slogannya hampir mempunyai persamaan.

Apa nak jadilah negara ini…buat memalukan je. Ciplak sini sana. Pastu nasihat datang daripada Israel lakna’tullah. Sumber gaji diorang dibuatnya bunuh umat islam di seluruh dunia. Nazri Aziz beritahu kat dewan rakyat yang kontrak syarikat Israel ini berjumlah 77 juta..lebih 3 setengah kali ganda banyak dari wang ehsan 20 juta kat rakyat Kelantan.

Kalau sayalah, mana nak letak muka orang yang uar-uarkan konsep 1 Malaysia ini. Tentu generasi akan datang tertanya-tanya, perdana menteri zaman bila gunakan lambang dan slogan yang diciplak dari negara lain..mungkin ketika itu, orang Malaysia sudah tak kenal pun UMNO dan BN, kerana mereka sudah ditalkinkan oleh Pakatan Rakyat dan rakyat yang bencikan kezaliman.


SUMBER :


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111