" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 5, 2010

SUPP bertempur dalam keadaan tempang?

PRK Sibu yang pengundiannya pada 25 April ini menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan calonnya yang bukan sahaja Ketua PR di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, tetapi berpengalaman sebagai wakil rakyat sejak puluhan tahun lalu di Bumi Kenyalang.

Bagi SUPP pula, mereka hanya meletakkan calon yang langsung tiada pengalaman sebagai wakil rakyat tetapi hanya bergantung kepada populariti mendiang, Robert Lau.

Apapun, SUPP yang akan turun bertempur pada kali ini kekal diselubungi pelbagai krisis dalaman yang kain meruncing sejak beberapa tahun lalu.

Krisis Sibu dan Dudong

Terbaru, presidennya, George Chan Hon Nam 74, pada 28 April lalu secara tiba-tiba mengumumkan SUPP cawangan Sibu tiada masalah dan akan bersatu dalam PRK kali ini.

Rekod menunjukkan, ini bukan kali pertama kenyataan politik sedemikian dikeluarkan.

Pada 3 November 2008, beliau sendiri dalam satu sidang media mengishtiharkan bahawa krisis SUPP Cawangan Sibu dan Cawangan Dudong sudah selesai selain mendakwa dua pemimpin yang bertelagah, akan bekerjasama menyelesaikannya.

“Saya yakin Ketua SUPP Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Datuk Dr. Soon Choon Teck yang sebelum ini, bercanggah pendapat mengenai penubuhan Bahagian SUPP Dudong, akan bekerjasama dalam usaha mengukuhkan parti,” kata George Chan ketika itu.

Namun, usaha parti itu yang cuba menutup krisis mereka hanya seketika apabila dua pemimpin BN di negeri itu pula membocorkan rahsia berkenaan kepada media serta memberi amaran agar sekutunya itu segera menyelesaikan masalah mereka sebelum ia menjejaskan BN menjelang pilihanraya negeri.

Amaran dari PBB

“Kita mahu mereka (SUPP) menyelesaikan masalah dalaman ini dengan segera dam mereka mesti mengambil kira kepentingan BN secara menyeluruh kerana apa yang berlaku ke atas SUPP mungkin boleh mempengaruhi pencapaian BN,” kata Timbalan Presiden PBB Abang Johari Openg pada September 2009.

Turut memberi amaran kepada parti tertua dalam BN itu ialah Pengerusi BN negeri yang juga Presiden PBB, Taib Mahmud.

“Perpecahan merupakan satu perkataan yang besar,” katanya yang juga Ketua Menteri Sarawak.

Pertembungan Dua Puak

Krisis dalaman SUPP dikatakan tercetus sejak awal tahun 2006 apabila sebahagian ahli cawangan Sibu mahu menubuhkan cawangan Dudong.

Walaupun George Chan sering kali berkata SUPP pusat telah mencapai kata sepakat menerusi ‘formula khas’ bagi menyelesaikan isu penubuhan SUPP Cawangan Dudong, namun segalanya gagal.

Pelbagai tuduh-menuduh atau dakwaan palsu antara ahli-ahli dua cawangan terus timbul akibat pertelingkahan itu, sehinggakan tindakan menfailkan saman terpaksa dilakukan.

Saman Menyaman

Puak yang diketuai oleh Wong Soon Koh bersama penyokongnya telah menyaman Soon Choon Teck sebanyak RM 15 juta.

Kumpulan plaintif pertama dianggotai oleh beliau sendiri yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Timbalannya, mendiang Robert Lau Hoi Chew, Setiausaha, Tiong Thai King dan Naib Pengerusi Vincent Goh.

Manakala kumpulan kedua seramai 25 plaintif, diketuai seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Andrew Silling Banggit.

Kesemua plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 2 September 2009, selepas Soon Choon Teck membuat kenyataan yang diterbitkan oleh tiga akhbar berbahasa Cina pada 17 Mei 2009.

“Beliau (Dr Soon) telah menyaman SUPP cawangan Sibu dan pemilihan cawangan kecil Naman…Beliau juga membawa isu papan tanda cawangan Dudong ke mahkamah.

“Kami mahu saman beliau (Dr Soon) sebanyak RM15 juta atas perbuatannya. Sekiranya kami (SUPP cawangan Sibu) memenangi kes ini, kami akan mendermakan wang tuntutan itu kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

“Ini kerana kami melakukan sesuatu bukan kerana wang, tetapi kami melaksanakan tugas atas nama kewibawaan,” kata Wong Soon Koh.

Kesan krisis itu, Soon Choon Teck pula telah menyaman mendiang Robert Lau yang dinamakannya sebagai defendan pertama serta empat defendan lain.

Persidangan SUPP disabotaj ?

Malah usaha parti itu untuk mengadakan Persidangan Perwakilan Khas (SDC) bagi menyelesaikan kontroversi SUPP Cawangan Dudong pada 25 Oktober 2009 didakwa cuba disabotaj oleh puak Soon Choon Teck.

Dakwaan itu dibuat oleh Pengerusi unit Cawangan Sibu, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Andrew Silling Banggit bersama kira-kira 3,000 ahli parti itu pada 21 Oktober 2009, iaitu beberapa hari sebelum berlangsungnya SDC itu.

Menurut Andrew, mereka memilih untuk disingkirkan jika empat pemimpin mereka dipecat berhubung krisis cawangan Dudong dan pembatalan SDC itu.

Pemimpin itu ialah Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Wong Soon Koh timbalannya Robert Lau Hoi Chew (mendiang), Tiong Thai King dan setiausaha seranta Daniel Ngieng.

Mereka turut mendakwa “tangan tersembunyi” memainkan peranan dalam pembatalan itu.

Selain itu, puak itu turut mendakwa puak Soon Choon Teck telah mencadangkan agar keanggotaan mereka dibekukan berhubung pembatalan SDC atas nasihat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Soon Choon Teck boikot majlis bosnya.

Soon Choon Teck yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong pula disokong oleh Adun Repok, David Teng Lung Chi.

Difahamkan, lebih 20,000 ahli SUPP berketurunan Cina wujud di Cawangan itu dan Soon Choon Teck mendakwa menerima sokongan daripada 27 Cawangan di situ.

SUPP turut memiliki ahli dari masyarakat Bumiputera yang didakwa sering terpinggir dalam parti berkenaan terutamanya masyarakat Bidayuh.

Menariknya, walaupun krisis Cawangan itu diishtiharkan selesai pada awal November 2008 dengan mewujudkan enam bahagian itu termaduklah Dudong, tetapi berlaku sebaliknya apabila hampir setahun selepas itu, Wong Soon Koh memberi amaran keras kepada Soon Choon Teck yang memasang papan tanda SUPP cawangan Dudong.

“Dr Soon telah bertindak mengikut rentaknya sendiri selama ini.

Malah, ketika beliau memasang papan tanda SUPP cawangan Dudong, Dr Chan (presiden SUPP) memberitahu beliau agar menurunkannya atau mengubahnya kepada ‘Pusat Perkhidmatan Dudong’ atau ‘Pusat Perkhidmatan Dr Soon di Dudong’ dan memberi beliau masa dua minggu untuk berbuat demikian, tetapi beliau ingkar,” jelas Wong pada September 2009.

Wong Soon Koh berkata, Soon Choon Teck juga tidak memperdulikan semua pemimpin termasuk dari Sayap Pemuda, Seksyen Wanita daripada kesemua empat unit, cawangan kecil Naman, Pusat Perkhidmatan Jalan Lanang, Pusat Perkhidmatan Stabau dan Pusat Perkhidmatan Sibu Jaya, ke semuanya di bawah konstituensi Dudong.

Terdahulu, sejak tahun 2007, Soon Choon Teck telah memboikot sebarang aktiviti melibatkan cawangan Sibu dan Pasukan Pembangunan Barisan Nasional Sibu di mana mendiang Robert Lau ialah Ahli Parliemen Sibu sejak lima penggal lalu.

Malah sambutan ulang tahun ke-50 parti itu bersempena sambutan tahun baru Cina pada 25 Februari 2009, turut diboikot Soon Choon Teck walaupun majlis itu dengan jelas menyatakan presiden parti itu, George Chan akan hadir sebagai tetamu istimewa.

“Beliau sepatutnya hadir sebagai tanda perpaduan dan kesepakatan dalam parti,” kata George Chan kepada soalan wartawan berhubung ketiadaan Soon Choon Teck di majlis itu.

Soon Choon Teck letak jawatan

Malah, Soon Choon Teck sebelum ini turut meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti parti itu kerana mendakwa tidak berpuashati berhubung layanan parti itu dalam krisis SUPP Dudong.

Soon Choon Teck turut menolak jawatan naib pengerusi yang ditawarkan kepadanya oleh SUPP Cawangan Sibu.

Soon Choon Teck berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat bersama ahli jawatankuasa SUPP Dudong.

Sekali lagi parti itu melalui Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada November tahun lalu mengeluarkan kenyataan bahawa masalah dalaman parti itu telah selesai.

Namun, ia tetap dilihat sebagai kenyataan politik dengan kemuncak kepada krisis yang berpanjangan dalam SUPP terserlah apabila pemimpin kanan parti itu yang juga orang kanan Soon Choon Teck keluar parti seterusnya menyertai Pakatan Rakyat.

Majis Tertinggi SUPP sertai Pakatan Rakyat seumur hidup

“Beliau memohon menyertai DAP pada 28 Januari dan hasil mesyuarat kepimpinan DAP negeri, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima beliau,” kata Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing kepada erapakatan.com. di sini.

Beliau turut memberitahu, Wong Chin juga telah membayar yuran keahlian RM100 sekaligus menjadi ahli DAP seumur hidup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111