" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 23, 2010

Kempen Hulu Selangor, Lucu Malah Memualkan

Benda lucu setiap kali pilihan raya
Oleh - Abd Jalil Ali

Setiap kali ada pilihan raya kecil, kita melihat beberapa kelucuan. Adat orang berkempen, terutama dalam pilihan raya kecil, kalau boleh hendak didedahkan apa sahaja keburukan calon atau parti lawan – termasuk hal-hal dalam kain, dalam kelambu, hatta dalam seluar dalam – yang bersifat amat peribadi.

Walaupun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan serangan peribadi ke atas mana-mana calon, pentas ceramah sepanjang kempen akan dihangatkan dengan sindiran, cemuhan dan maki-hamun terhadap batang tubuh calon.

Malah, sebahagian besar yang datang mendengar ceramah memang mengharapkan ada benda-benda dalam kain yang akan disingkap dan didedahkan. Mereka akan bertepuk tangan, bersorak, dan menjerit berapi-api. Soal betul atau tidak apa yang didedahkan, itu belakang kira!

Kalau kita perhatikan serangan demi serangan dalam kempen, kita melihat satu drama yang amat lucu. Setiap pihak mahu menuduh lawannya tidak betul, padahal pihak yang menuduh tahu dia sendiri pun tidak betul. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Pilihan raya memang penuh kelucuan.

Di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim diserang secara peribadi habis-habisan. Semua perangai-perangai tidak baik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjadi perencah yang digoreng dalam kebanyakan ceramah semasa kempen BN.

Calon PKR itu dikatakan berfikiran liberal, tidak berjiwa Melayu, kaki judi, kaki botol. Walaupun telah dinafikan dan dijelaskan oleh Zaid, benda-benda itu terus dibangkitkan dalam ceramah BN. Apabila Zaid kata dia telah bertaubat dan tidak minum lagi, ada pula yang menghujah apakah taubat Zaid diterima?

Arak dijadikan isu untuk menggambarkan calon PKR itu bukan orang baik. Memang, minum arak ditegah dalam Islam. Orang Melayu yang minum arak boleh dianggap tidak bermoral. Tetapi, ada sekian banyak orang dalam UMNO yang juga pernah – dan sesetengahnya masih – minum arak. Kalau tidak dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen pun orang boleh tahu siapa antara pemimpin UMNO yang kaki botol. Ertinya bukan Zaid seorang yang pernah minum arak.

Sama juga halnya dengan skandal. Ada risalah yang ditaburkan sepanjang tempoh kempen di Hulu Selangor, menunjukkan gambar Exco Selangor, Elizabeth Wong dalam pos yang agak mengghairahkan, di atas sofa dengan tubuh sedikit terbuka. Gambar itu pernah membangkitkan kontroversi kira-kira setahun lalu.

Risalah bergambar Elizabeth itu bertujuan memberitahu pengundi bahawa parti yang diwakili Zahid adalah tidak bersih sebab mengandungi orang yang berskandal seperti Elizabeth. Exco itu dulu telah mengakui beliau memang ada hubungan intim dengan seorang pemuda Melayu. Dalam pilihan raya kisah-kisah lama itu boleh dihidupkan semula untuk membangkitkan ‘ummph’ kempen.

Pada hal kalau hendak sebut skandal, apa bezanya Elizabeth dengan skandal orang lain dalam parti komponen BN? Apakah video seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak lebih teruk daripada gambar Elizabeth di atas sofa itu? Rakyat Malaysia yang melihat video itu boleh berpeluh dingin sambil menelan liur. Sama seperti Exco Selangor, bekas Menteri Kesihatan yang kini Presiden MCA itu juga pernah mengaku bahawa beliau ialah lelaki dalam video seks itu.

Apakah skandal hanya menjadi satu yang menjijikkan apabila dilakukan oleh Elizabeth, tetapi dianggap sebagai biasa sahaja jika yang melakukannya adalah seorang bekas menteri? Pilihan raya atau tidak, seks tetap seks! Orang PKR pun boleh mengedarkan risalah mengandungi gambar lucah pemimpin BN.

Satu lagi kelucuan yang biasa terjadi setiap kali pilihan raya ialah pada hari penamaan calon ada ramai yang datang untuk turut bertanding atas tiket bebas. Parti mendapati mereka tidak layak untuk dicalonkan tetapi mereka pula merasakan sudah cukup kuat untuk bertanding, kalau tidak menang pun boleh kacau undi.

Lucunya ialah apabila telah diisytiharkan sebagai calon, mereka mengumumkan pula untuk menarik diri. Biasalah, kalau tidak ditanya wartawan pun orang-orang ini akan berkata benda yang sama: “Saya menarik diri atas kerelaan, tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.” Dan diikuti satu lagi kenyataan stereotaip yang paling lucu: “Saya tidak dibeli, dan tidak menerima apa-apa habuan!” Kenapa perlu sebut itu?

Ada lagi kenyataan yang amat biasa setiap kali pilihan raya, termasuk di Hulu Selangor. Kata-kata dengan wajah sempoi di depan kamera TV itu lebih kurang begini bunyinya: “Saya telah bosan dengan pucuk pimpinan parti. Saya tidak sanggup lagi untuk digula-gulakan oleh pemimpin yang hanya mementingkan peribadi!”

Itu adalah kata-kata stereotaip lagi lucu daripada mereka yang meninggalkan setiap kali ada pilihan raya. Mereka sengaja memilih keluar parti musim pilihan raya, sebab pasti gambar boleh masuk TV dan surat khabar. Boleh popular sekelip mata, walaupun hanya sementara. Kerap juga mereka mengulangi kata-kata keramat yang stereotaip itu: “Saya tidak dibeli!” GB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111