BN menang melalui calonnya Kamalanathan. MIC telah meminjamkan Kamalanathan kepada UMNO. Dan nasib Kamalanathan dalam PRU 13 dijangka akan menuriti nasib rakannya di Ijok yang pernah menang dalam PRK tetapi kalah dalam PRU 12. MB Khalid kalah dalam PRK Ijok tetapi menang bergaya dalam PRU 12. Zaid Ibrahim dijangka akan menang besar dalam PRU 13 sekiranya beliau masih dikekalkan sebagai calon PR untuk kerusi tersebut.Tahniah kepada Kamalanathan untuk hari ini dan takziah juga kepada Kamalanathan untuk PRU 13.
Berdasarkan keputusan rasmi PRU 12 dan PRK di Parlimen Hulu Selangor, ternyata BN khususnya UMNO tidak mampu senyum lebar. Senyum mereka hanya dbuat-buat. Ini kerana undi yang diterima oleh calon PKR dalam PRK ini meningkat 155 undi. Undi BN pula bertambah 2,018. Persoalannya mampukah UMNO mempertahankan kemenangannya dalam PRU 13 dalam keadaan undi PKR tidak menurun dalam PRK ini. Terlalu sukar bagi UMNO mencongak masa depannya di Hulu Selangor. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor akan dapat ditawan oleh PR.
Keputusan rasmi PRU 12 Parlimen Hulu Selangor
PR : 23,117
BN : 22,979
Keputusan rasmi PRK Parlimen Hulu Selangor
PR : 23,272 (meningkat 155)
BN : 24,997 (meningkat 2,018)
UMNO dengan gahnya tentu menyatakan bahawa majoriti kemenangannya begitu besar iaitu 1,725 berbanding akan status BN sebagai pembangkang di Selangor. UMNO akan memainkan provokasi yang PR telah gagal memimpin Selangor. Tetapi jauh di sudut hati PM 1Malaysia, kekecewaannya terasa sangat kerana undi PKR tidak merosot. Walaupun hampir 14,000 pengundi telah disusahkan oleh SPR untuk mengundi di Hulu Selangor dan ada pula pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana dikatakan telah mengundi, ternyata UMNO masih gagal menurunkan bilangan undi yang diterima oleh calon PKR.
Kesian UMNO ... menang tapi ngobak...
No comments:
Post a Comment