" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 15, 2010

Khalid Samad Akan Saman Mufti Perak Yang Fitnahnya Tak Beriman..

Saman je Ir Khalid Samad. Walaupun status mufti, tapi tak jamin masuk syurga. Biar kena jawab di mahkamah dunia dulu..baru jawab di mahkamah akhirat. Ini beritanya..

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memberi penjelasan berhubung satu artikel yang disiarkan dalam tabloid Umno, Selangor Kita.Edisi terbaru bulan tiga akhbar itu pada artikel muka depannya memetik kenyataan Harussani yang mendakwa Khalid Samad 'tidak beriman' kerana memberi cadangan terhadap enakmen undang-undang Islam Selangor.

Mengulas mengenai akhbar berkenaan, Khalid berkata beliau yakin akhbar itu diterbitkan oleh Umno Selangor meskipun dinafikan parti itu sebelum ini."Kita yakin memang dikeluarkan mereka kerana tak ada orang lain, tetapi biasa baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.

"Sejauh mana kenyataan dari beliau (Harussani), saya tidak tahu, hakikatnya suratkhabar ini diedarkan di lobi Parlimen dan pasti akan diedarkan di Hulu Selangor. Jika kenyataan ini bukan daripada dia dan tidak tepat, saya minta dia nafikan. Jika tidak nafikan saya minta dia tarik balik," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen hari inn.

Menurut Khalid, sekiranya Harussani tidak menarik balik kenyataannya dalam masa tujuh hari, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab."Tidak layak bagi seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan seperti ini dengan sewenangnya. Lebih lagi dia tidak berhubung dengan saya untuk mendapat sebarang penjelasan. Nampak macam seolah mufti membuat fatwa berdasarkan daripada laporan suratkhabar dan khabar angin. Kalau nak buat pandangan seharusnya dia bertanya kepada saya apakah sikap dan pendirian saya," jelasnya.

Katanya sikap yang ditunjukkan Harussani itu tidak menghairankan memandangkan mufti berkenaan turut mengkritik penubuhan jawatankuasa antara agama tanpa mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian terbabit."Ini satu budaya yang perlu dicegah kerana memberikan imej yang cukup buruk terhadap agama Islam itu sendiri," kata beliau.

Menurutnya, enakmen undang-undang Islam itu adalah undang-undang pentadbiran dan peraturan tertentu yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri Selangor."Ia bukan peraturan daripada Al Quran dan As Sunnah, ia merupakan pandangan manusia, cara untuk capai matlamat yang ditentukan oleh Al Quran dan Sunnah Rasullah SAW. Maka ia bukan perkara yang kita tak boleh bagi komen dan cadangan.

"Untuk mengeluarkan kenyataan Khalid Samad tidak beriman adalah satu perkara yang jelas tidak wajar. Jika benar kenyataan ini dari beliau, saya rasa dia membuktikan bahawa dia telah tidak layak memegang jawatan sebagai mufti," katanya.

Menurutnya lagi, beliau yakin suratkhabar Selangor Kita itu akan diedar pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan mengeluarkan berita berunsur fitnah termasuk dakwaan rasuah di kalangan Menteri Besar dan Exco Pakatan Rakyat.

Apalah nak jadi mufti zaman sekarang. Jadi mufti palsu kerana kepentingan dunia. Tak berani bersuara kerana takut jawatan dilucut. Memang jahat orang agama bertopengkan jawatan ulama’

Kenapa Sultan Pahang suruh Kartika jalani hukuman kerja sosial macam budak plkn dalam kes minum arak, mufti ni setuju. Kenapa tak kata kat Sultan..” Sultan, patik rasa tindakan tuanku Salah dari sudut islam. Boleh bawa murtad. Orang Arak kan sepatutnya dihukum sebat. Nabi sendiri hokum peminum arak dengan 40 kali sebatan”..tapi adakah mufti ini bersuara

Berhujah di mahkamah esok. Kata orang tak beriman. Lebih mulia seorang engineer daripada seorang ustaz yang bermuka-muka dan takut menegur kesalahan pemerintah. Pergilah jawab di mahkamah. Saya rasa dengan ego dalam diri mufti ini, pasti beliau tidak akan memintah maaf kerana kata Khalid Samad sebagai tak beriman. Apa, dia tuhan ke nak hokum orang tak beriman. Memang panas betul dengan mufti flip flop ini.

Saman je Khalid. Dapat 100 juta, boleh buat masjid banyak-banyak. Bina sekolah pondok yang canggih-canggih. Belu buku-buku agama yang sahih. Sebarkan ilmu agama yang sebenar kepada semua orang. Lahirkan lebih ramai mufti yang baik dan beriman dengan ALLAH yang satu. Bukannya mereka yang bergelar mufti, tapi pencuci kekotoran pemerintah zalim.

Kalau nak bagi pengajaran lagi. Buat laporan polis dan dakwa atas kesalahan jenayah fitnah. Biar si pemfitnah ini masuk penjara. Tengok siapa yang boleh beri pengampunan kat pesalah ini. Kalau adalah mana-mana pihak yang beri pengampunan, insyaALLAH saya akan berdemontrasi dan sedia berdepan dengan mereka yang berlagak seperti Tuhan ini..insyALLAH. Sumber copy klik sini..


1 comment:

  1. Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi.

    Jin said:" Boss! siapa kah antara keduanya yg benar?".

    " Hanya Allah SWT sajalah yg maha mengetahuinya. Cuma, bagi aku yg serba jahil ni, agak kesal dgn sikap YB Khalid yg jelas tidak menghormati kedudukan seorang Mufti, semata-mata kerana ditegur. Pada aku, jikapun pd beliau, teguran itu salah, siapakah YB Khalid berbanding seorang Mufti. Aku yakin, bagi org2 seperti YB Khalid, apa saja kata2 teguran dari DSHarussani pasti akan ditentang. Bukan kerana ianya betul atau salah....tetapi kerana kejahilan arah hidup sendiri!!".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111