" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 23, 2010

Kisah penderitaan penduduk Kampung Pisang

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sejak akhir-akhir ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah nampak ‘sibuk’ meninjau pelbagai masalah rakyat di negeri Kedah. Namun kehadiran ADUN Bakar Bata itu bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk menyalahkan ADUN kawasan yang dilawatinya kononnya ADUN tersebut (pastilah ADUN Pakatan) tidak mempedulikan rakyat di kawasannya

Kenyataan itu dikeluarkan setiap kali dia terserempak dengan sesuatu isu. Walhal hampir kesemua isu yang dibangkitkannya sudah ditangani oleh YB dalam kawasan tersebut. Bezanya kehadiran Ahmad Bashah disokong oleh semua media elektronik dan media bercetak utama, sedangkan wakil rakyat Pakatan tidak mendapat peluang yang serupa.

Tindakan Ahmad Bashah itu tiba-tiba mengundang rasa marah sebahagian besar rakyat di kawasan DUN Bakar Bata yang diwakilinya. “Dia tidak peduli masalah kami di sini tapi dok sibuk jaga kawasan orang,” ujar seorang penghuni rumah setinggan di Kampung Pisang yang terletak dan DUN Bakar Bata. Kenyataan itu sampai ke telinga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh yang kebetulan juga adalah wakil rakyat angkat kepada DUN Bakar Bata.

Petang Jumaat 16 April lalu, Dr. Ismail telah menggerakkan kru Pusat Khidmat DUN Angkat Bakar Bata, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu dan PAS Kawasan Alor Setar untuk turun menjengah masalah rakyat di Kampung Pisang, Kanchut.

Kampung Pisang adalah sebuah perkampungan setinggan yang dibina di atas tanah reserve sungai. Ia berderetan di sepanjang sungai Anak Bukit.

Jelajah Dr. Ismail di Kampung Pisang dan kawasan sekitarnya telah menemukan beliau dengan penderitaan rakyat yang sungguh menyayat hati. Hampir keseluruhan dari lebih 40 buah rumah sangat dhaif. Sebahagiannya hampir tidak layak dipanggil rumah. Jalan masuk ke perkampungan itu melalui lorong sempit yang kelihatan kotor, dhaif dan tidak terurus. Tiada longkang dan sistem perparitan. Kayu-kayu buruk disusun menjadi titi untuk menghubungkan antara rumah-rumah tersebut. Setiap penghuni yang ditemui mempunyai masalahnya sendiri. Semuanya berlegar mengenai isu kemiskinan. Terdapat beberapa buah rumah yang tidak pernah mempunyai paip air, menumpang air jiran. Mereka tidak mampu menyediakan paip yang bernilai antara RM500 hingga RM1000.

Sebuah rumah terlalu dhaif, reput dan berlubang di dinding, lantai dan bumbung dihuni oleh sebuah keluarga seramai 10 orang. Sebuah rumah lagi dihuni seorang nenek tua keseorangan. Dia menjemput penulis memasuki rumahnya. Berderai air mata dibuatnya, rupanya sebahagian besar rumah itu sudah tidak dapat digunakan kerana sudah reput dan runtuh. Bumbung berlubang di sana sini. Bagaimana agaknya jika hujan melanda?

Kerana letak perkampungan itu di pinggir sungai maka mereka sering terdedah kepada banjir. Setiap kali banjir melanda segala peralatan di aras bawah rumah tidak dapat dipindah ke mana lagi. “Rumah bahagian atas sudah reput, cukup untuk menampung orang lari dari banjir, akibatnya semua barang-barang di bawah rosak kerana terendam air,” cerita seorang penduduk.

Selesai Dr. Ismail dan rombongan meninjau perkampungan tersebut, beliau ‘diraikan’ oleh penduduk di satu kawasan lapang dalam majlis yang tidak dirancang. Dr. Ismail menjelaskan bahawa semua isu yang melanda penduduk akan ditangani mengikut saluran.

“Tahun 2004 saya jadi calon PAS Bakar Bata pernah sampai di sini. Tapi saya minta maaf sebab tak masuk kesetiap lorong seperti yang saya lakukan pada hari ini. Hari ini saya melihat sendiri penderitaan tuan-tuan,” ujarnya.

Dahulunya kawasan ini adalah kawasan ‘hitam’ bagi PAS. Bukan mudah bagi aktivis PAS untuk masuk ke kampung tersebut. Waktu pilihanraya terdapat samseng BN yang mengawal kampung tersebut dari dimasuki aktivis PAS. Semua tahu bahawa kawasan penduduk miskin adalah lubuk emas bagi Umno mendapatkan sokongan dan undi. Mereka hanya perlu datang lima tahun sekali menghulur sumbangan dan janji palsu. Atau datang sekali sekala memberi bantuan sekadar sekampit beras dan gula apabila penduduk ditimpa musibah banjir dan sebagainya. Mudah sungguh kerja BN.

Hari ini segalanya berubah. Apabila mereka sendiri mengundang pemimpin PAS untuk menjengah penderitaan mereka, maka bermakna mereka sudah tawar hati dengan Umno. Kebetulan dua yang datang bersama Dr. Ismail hari itu ialah William Khor, pegawai peribadi beliau dan Teh Kok Soo, Pegawai Khas Menteri Besar. “Mujur makcik tengok muka Cina yang mai ni, kalau tidak makcik dah halau, dah berapa kali depa mai isi borang macam-macam balik macam tu saja,” ujar seorang perempuan tua yang mulanya menyangka rombongan Umno yang datang. Kebencian mereka terhadap Umno sudah berputik. Ia suatu permulaan yang baik terhadap pengakhiran pengaruh Umno.

Empat penggal Datuk Ahmad Bashah menjadi wakil rakyat mereka, penderitaan mereka belum berakhir. Janji terakhir beliau menjelang pilihanraya umum lalu ialah mahu memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang milik kerajaan negeri. Selaku Exco kerajaan negeri dia berkuasa masa itu, mengapa tidak lakukan saja? Tentulah kerana janji itu dibuat sebagai umpan politik untuk memerangkap penduduk terus mengundinya.

Awal tahun ini beliau memberitahu penduduk bahawa rancangannya dahulu untuk memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan bertukar. Mudah sungguh beri jawapan. Apakah selepas ini beliau atau mana-mana calon BN Bakar Bata akan berjanji lagi; jika mahu berpindah ke rumah baru, menangkan BN.

Bagi pihak kerajaan negeri yang mendokong misi mensejahterakan rakyat, mestilah melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah kebajikan penduduk Kampung Pisang yang tertunggak sejak berdekad. Lantaklah siapa yang mereka nak undi dalam pilihanraya, yang penting kebajikan mereka dijaga. Itulah sikap yang membezakan antara BN dan PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111