" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 18, 2010

Malaysia Bodek Amerika, China Bantu Iran

Oleh ramziredang

Ada dua berita utama mengenai minyak disiarkan di muka depan akhbar akhbar di Iran. Satu mengenai negara Malaysia dan satu mengenai negara China. Teheran Times melaporkan temuramah wartawan malaysia di New York tentang pemberhentian jualan minyak malaysia ke Iran. Ini seolah olah merupakan satu langkah Malaysia menyokong usaha Amerika mengasingkan Iran. Namun sebaliknya pula berlaku di China. China menambah jualan minyak ke Iran. Dengan jelas menampakkan usaha negara China menggagalkan usaha Amerika mengasingkan Iran di mata dunia. Malah usaha penghantaran tersebut melalui pihak ketiga di Singapura.

Syarikat minyak milik negara China, ChinaOil telahpun menghantar 600,000 tong yang bernilai USD55juta pada bulan April. Sementara satu lagi syarikat China Petrolium And Chemical Corp(UNIPEC) telah menghantar 250,000 tong pada 15 april melalui pihak ketiga yang berpengkalan di Singapura.

Sangatlah memalukan bila Malaysia sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam telah tunduk dan berperangai munafik cuba membodek kerajaan Amerika dan Israel. Tetapi sebaliknya pula negara China berpendirian tegas dalam sesuatu isu. China memang menyokong program mengurangkan senjata nuklear yang dianjurkan oleh Amerika tetapi pada masa yang sama mereka bertindak adil dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka di mata dunia.

Malaysia jelas tertipu dengan permainan Amerika yang mengatakan Iran sedang membina senjata nuklear sedangkan Iran telah berulangkali menegaskan program pengkayaan uranium Iran adalah untuk sumber tenaga.

Negara Iran sendiri sedang menganjurkan satu persidangan perlucutan senjata nuklear yang sedang berlansung pada ketika ini. Dalam ucapan di persidangan tersebut, pemimpin tertinggi revolusi Iran, Ayatollah Ali Khameini menegaskan senjata pemusnah besar besaran adalah haram dan dilarang samasekali di dalam Islam. Ianya merupakan satu ancaman besar bagi kemanusiaan. Malah rakyat Iran telahpun menjadi mangsa kekejaman senjata kimia ciptaan Amerika.

Ayatollah Khameini juga sempat menyindir tentang 'penjenayah nuklear' Amerika yang ingin berkempen kepada negara lain tentang bahaya nuklear. Amerika telah berulangkali menggunakan senjata kimia dalam peperangan, itu sudah terbukti, sedangkan negara lain belum pernah terbukti menggunakannya. Malah tuduhan Amerika terhadap Iraq yang memiliki senjata nuklear adalah fitnah semata mata dan tidak dapat dibuktikan hingga ke hari ini. Fitnah ini turut disokong oleh negara Islam lain hinggakan negara Iraq berjaya dihancurkan hingga hari ini. Rakyat Iraq telah disembelih oleh tentera Amerika dengan restu negara negara Islam sendiri.

Ali Khameini sempat membidas jika Amerika serius menghapuskan senjata nuklear, sudah tentu Israel tidak akan giat meluaskan kawasan taklukan mereka. Israel sendiri adalah merupakan pemilik senjata nuklear terbesar di dunia. Amerika hanyalah seperti penjenayah yang ingin berpura pura alim. Penjenayah yang ingin mengajar orang lain supaya berbuat baik, dalam masa yang sama mereka berniat ingin menghapuskan orang Islam di mata dunia.

Dalam agenda menghapuskan musuh Amerika dan Israel, mereka mencari talibarut di kalangan negara Islam. Ternyata Malaysia telah mengistiharkan taat setia untuk menjadi talibarut kepada Amerika dan Israel. Malaysia sanggup menjadi hamba mereka untuk menghapuskan orang Islam sendiri, dengan alasan untuk kepentingan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Amerika.Itulah pemikiran pemimpin kita, pemimpin yang mengaku sebuah negara Islam.

Sangatlah malang dan memalukan, di antara persaingan dua blok, blok Israel dan blok Iran, Malaysia berpihak kepada blok Israel.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111