" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 11, 2010

Menyebut zina pun jijik sejijik hukum zina.

Oleh shahil

Assalaamualaikum dan salam hormat…

Zina adalah perhubungan badaniah antara lelaki dan wanita tanpa nikah. ALLah Taala mengharamkan zina demikian juga Kristen. ALLah Taala telah menegaskan keharaman zina dengan FirmanNya bermaksud “Janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan yang keji…”. Dan kejinya zina telah tersebut dalam Hadith tujuh dosa besar. Dalam hukum sepuluh Perjanjian Lama Bible juga mengharamkan zina, bahkan dalam Perjanjian Baru menyebutkan jika memandang perempuan dengan berahipun dikira zina.

Umat Barat telah terutama yang hidup bebas telah menjadikan zina sebagai ganti pernikahan. Zina telah dilegalkan sebagai halal. Bahkan mereka masih menggantungkan salib dileher dalam keadaan berzina. Mengapa? Kerana mereka tidak menuruti ajaran Jesus bahawa memandang perempuan dengan nafsu sudah dikira zina. Demikianlah juga jika umat Islam berzina, ertinya mereka meremehkan hukum haramnya zina dan menganggap hukuman akhirat belakang kira. Setiap agama sepakat mengharamkan zina ini.

Umat remaja Islam di Malaysia khususnya telah mula dihinggapi barah zina ini. Jika pembaca menonton media elektronik, setiap hari di setiap rancangan yang melibatkan moral, kes-kes akibat buruk zina sering dipaparkan. Lebih berat lagi apabila kes-kes pembuangan bayi disiarkan. Amatlah malang bayi yang tidak berdosa berada di tong sampah, di dalam parit.

Al-Quran dengan jelas menyebutkan kalimah zina. Zina adalah kalimah yang diberikan ALLah Taala kepada perpaduan badaniah lelaki dan perempuan tanpa nikah. Zina adalah kalimah yang tuntas untuk menggambarkan perpaduan badaniah yang haram dan keji itu.

Namun zina telah diganti dengan satu kalimah yang amat muluk dan mulus iaitu seks bebas. Seks bebas ertinya seks berrbilang pasangan atau berganti-ganti pasangan, hari ini dengan dia dan hari esok dengan orang lain pula. Kalimah seks bebas disebut apabila memperkatakan masalah moral remaja dan pembuangan bayi. Ertinya janganlah melakukan seks berbilang pasangan kerana jika siperempuan mengandung tidaklah dapat ditentukan “bapa” anak di dalam kandungannya itu. Yelah, jika sepuluh bapanya siapakah yang sebenarnya. Maka secara tidak langsung seks tidak bebas diperbolehkan kerana tidak tentu “suami” ibunya dan tidak tentu “ayah” didalam kandungan ibunya itu.

Inilah persepsi jika kalimah zina diganti dengan kalimah seks bebas. Seks bebas memberikan persepsi seks tidak bebas tidak salah dan tidak mendatangkan keburukan anak luar nikah dan pembuangan bayi. Contohilah mendiang Christoper Reeves yang mempunyai tujuh anak luar nikah dengan pasangannya. Nah, tidak ada AIDS, tidak ada pembuangan bayi dan mereka keluarga bahagia…itu hujah pengguna kalimah seks bebas pada hakikatnya, hakikat walau tidak disebut di mulut.

Masyarakat Islam Malaysia khususnya dan negara lainnya umumnya heboh memperkatakan akibat zina. Zina mengakibatkan masalah social yang parah. Zina menghasilkan masyarakat tidak sah taraf. Burknya zina tidak tergambarkan olrh akal yang waras.

Namun penulis hampir ketawa mendengar orang memperkatakan zina sekarang tetapi berkata “…anak baru lahir dibuang dalam tong sampah…inilah akibat seks bebas…”. Bukan disebut ketika umum tetapi ada khatib khutbah Juma’at menggantikan kalimah ALLah zina dengan kalimah Barat. Seks bebas adalah terjemahan dari kalimah Barat iaitu free seks. Amatlah malang bagi pak khatib ini.

Zina adalah perbuatan yang keji. Maka ALLah Taala sendiri memilihkalimah zina itu untuk membezakan antara seks dengan nikah dan seks tanpa nikah. Melakukan zina adalah perbuatan pak khatib dan orang ramai sekarang pula merasa keji menyebut zina seolah-olah apabila menyebut kalimah zina mereka itulah penzina.

Inilah persepsi yang tidak disedari oleh mereka yang merubah kalimah ALLah Taala zina kepada kalimah Barat seks bebas. Kalimah zina dipilih ALLah Taala untuk menunjukkan kekejian perbuatan zina tetapi orang sekarang merasa keji pula menyebut zina. Orang yang beriman akan merasa seram sejuk apabil mendengar kalimah zina disebut. Kalimah zina amat menggerunkan orang dulu-dulu kerana mengenangkan hukum sebatnya. Tetapi orang sekarang mewar-warkan kalimah seks bebas. Maka berteriaklah bijak pandai, para sisiologi, para kaunselor dan sesetengah mufti dan kadhi, dan pak khatib “…janganlah kamu menghampir seks bebas…”. Maka dijawab oleh anak remaja terlanjur “…tidak ada masalah kerana kami melakukan seks dengan pasangan tetap…”.

Maka masihlah ada anak kecil baru lahir di dalam tong sampah, digonggong anjing, dihurung semut. Kerana seks tidak bebas dengan pasangan tetap, tetap tidak ada rasa tanggung jawab dan tidak ada tali pengikat tanggung jawab. Remaja perempuan yang baru pertama kali mengenal seks, ditinggalkan pasangan tetap pertama kalinya itu, mengandung, melahirkan bayi dan membuangnya dalam tong sampah untuk santapan anjing dan semut. Ertinya jika siperempuan itu melakukan seks dengan pasangan tetap, ia besar kebarangkaliannya ditinggalkan bontang untuk melahirkan “anak tong sampah”.

Inilah cerdiknya manusia…cerdik kerana mengubah kalimah Tuhan. Konon untuk lebih sopan. Samalah seperti seorang tokoh penulis dan pemikir popular Muslim Malaysia berketurunan India berkata “hukum sebat bagi penzina harus diganti dengan hukum yang lebih berperikemanusiaan…”. Ertinya “ubahlah kalimah zina itu kepada kalimah yang lebih manis disebut supaya penzina itu tidak jatuh maruahnya…”

Hairan…manusia yang serba lemah mengatakan hukum ALLah Taala yang serba Maha Sempurna itu tidak berperikemanusiaan dan tidak manis disebut…

Sangatlah tepat manusia itu semulia makhluk tetapi manusia itu sendirilah menjatuhkan diri kelembah kehinaan, kehinaan yang sehina-hinanya.

Wassalam.

Detikdaily.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111