KUALA LUMPUR : Sekembalinya dari lawatan ke luar negara, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri (PM) 1Malaysia terus turun berkempen di Hulu Selangor.
"Saya sempat menyaksikan beberapa petikan daripada ucapan najib yang disiarkan dalam berita pagi," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya.
Najib dalam petikan ucapan itu mendakwa menyimpan rahsia dalam poket yang diperolehinya melalui Zaharin dan Zul Nordin yang mengikuti rombongan bersamanya ke US.
"Saya tidak pasti apakah rahsia yang dimaksudkannya, dan seperti katanya biarlah dia sahaja tahu dan orang berkenaan tahu dan Allah yang tahu.
"Bagi saya kalau ianya penting sangat, baiklah Najib umumkan rahsia-rahsia itu supaya boleh menjadi bahan penting dan penyebab untuk memenangkan calon BN Kamalanathan. Jangan nanti sudah kalah baru hendak dedahkan," kata Khalil lagi.
Khalil yakin yang Najib menyedari banyak rahsianya tersimpan dalam poket pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Kita tunggu kalau Najib akan bercakap apa yang ada dalam poketnya sebelum pengundian pada 25 April ini.
"Atau poketnya akan tembus sendiri kerana tersimpan banyak sangat rahsia peribadi yang selama ini kita tunggu untuk sama-sama bercakap dan kalau ianya perlu kita akan cakapkan di Hulu Selangor," ujar Khalil. EraPakatan.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment