" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 22, 2010

WAHAI ZAID !! 2 TOK GURU TETAP BERSAMAMU MAKA TETAPKANLAH PENDIRIANMU


Dato' Zaid Ibrahim sudah ditakdirkan menjadi calon PKR bagi Parlimen Hulu Selangor. Saya yakin, Dato’ Zaid tahu bahawa seluruh mata, perhatian dan emosi rakyat Malaysia akan tertumpu kepadanya kerana ia adalah calon dalam pilihanraya kecil, bukannya pilihanraya umum. Itulah hakikat aksi PRK. Justeru itu, saya yakin Dato’ Zaid tahu bahawa dirinya mungkin akan dikoyak rabik dengan operasi membuka aib dirinya secara agresif oleh musuhnya.

Andainya benar keyakinan saya bahawa Dato’ Zaid yakin dengan itu semua maka sesungguhnya saya yakin bahawa Dato’ Zaid telah bersedia untuk menghadapi itu semua demi menebus kembali kesilapan dan kesalahannya kerana dosanya berada dalam UMNO/BN yang telah banyak melakukan kezaliman, penipuan dan kejahatan serta penindasan terhadap rakyat Malaysia.

Bagi PAS, Dato’ Zaid telah menunjukkan kehebatannya semasa berada dalam UMNO/BN dengan menyaman Kerajaan Kelantan yang berhasrat melaksanakan Hudud.(Sebab kenapa Dato’ Zaid menyaman, telah dijelaskannya). Kehebatannya semasa dalam UMNO itu bagaikan kehebatan Umar, Khalid Al Walid dan Abu Sufiansewaktu berada dalam jahiliah. Siapa yang tidak pernah membaca sejarah mereka bertiga yang menjadi hulubalang agung dalam mempertahankan kejahatan dan kemungkaran sepanjang hidupnya sebagai orang yang jahil dalam jahiliahnya itu.

Membunuh orang Islam adalah wajib bagi mereka sehingga mereka membunuh Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi saw. Hukum wajib itu samalah hukum wajib bagi Yahudi (yang disukai dan diambil sebagai rakan sebaya oleh pemimpin negara) membunuh umat Islam. Bahkan mayat Saidina Hamzah dihina oleh mereka walaupun ianya sudah kaku, tidak bernyawa lagi. Di belahnya dada Saidina Hamzah lalu diambilnya hati lantas diperlakukan seperti yang kita semua ketahui. Mencabar orang Islam dengan pedang terhunus adalah lambang keegoan Umar dan begitu juga Khalid.

Namun Allah swt memberi hidayah kepada mereka bertiga. Mereka masuk Islam dan bertaubat. Hebatnya Saidina Umar apabila ia menghirup hidayah ilahi dan hidup bersama Islam sehingga Nabi saw pernah berkata ‘Seandainya ada Nabi selepas aku nescaya Umar lah orangnya’ dan ‘Islam akan menangis dengan matinya engkau wahai Umar’. Hebatnya Al Walid sehingga dirinya penuh dengan kesan calar pedang musuh. Hebatnya Khalid apabila beliau menang dalam kebanyakan peperangan yang disertainya untuk mencari 'syahid' dan juga untuk menebus dosanya yang lampau tetapi Allah taqdirkan ia mati selesa, bukan sebagai syahid. Begitulah juga dengan Abu Sufian.

Bukankah Umar juga adalah seorang tokoh korporat tetapi Umar sanggup mengorbankan hartanya untuk poerjuangan Islam. Umar sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau. Maka saya berharap agar Dato’ Zaid juga menjadi seperti Umar yang sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau iaitu dosanya semasa dan kerana, bersama UMNO.

Saya tidak menyatakan Dato’ Zaid akan menjadi ‘sebiji’ macam Umar. Bukan Dato’ Zaid malah Tok-tok guru dan mana-mana ustaz dan ulama' pun tak mungkin mencapai ke taraf sama seperti Umar. Cuma, saya harapkan jalan cerita dan kehidupan Umar itu, sekurang-kurangnya diikuti oleh Dato’ Zaid. Ya.. Dato’ Zaid boleh mengikuti jalan-jalan seperti yang telah dilalui oleh Umar termasuk mengorbankan harta bendanya untuk perjuangan Islam, kebenaran dan keadilan. Umar dan Zaid ada persamaan iaitu bengis terhadap Islam dan juga ada kekayaan harta. Umar dan Zaid juga telah bertaubat dan sedang menyusahkan dirinya untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan keadilan Islam.

Sesungguhnya Nabi pernah bersabda dengan maksud ‘Mereka yang terpilih di zaman jahiliah, mereka juga tetap terpilih di zaman Islam’. (Khiaarukum fil jaahiliah, khiarukum fil Islam). Maksudnya kalau Umar hebat semasa jahiliah maka apabila Umar masuk Islam, Umar tetap hebat. Bezanya kehebatan Umar semasa jahiliah, dilaknat dan dibenci oleh Allah dan seluruh makhluk terutamanya manusia sedangkan kehebatan Umar semasa Islam, dimuliakan oleh Allah, Nabi, manusia dan seluruh makhluk. Tak hairanlah kalau Nabi mengatakan, Islam akan menangis dengan matinya Umar. Artinya bukan setakat manusia, bahkan Islampun akan menangis dengan matinya Umar. Begitulah mulia, hebat dan kasihnya Umar di sisi Islam dan juga di sisi manusia.

Maka saya tidak hairan bila Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi berkempen untuk memenangkan Dato’ Zaid. "Yakinlah wahai Zaid bahawa 2 Tok Guru yang berkempen untuk Dato' bukan berkempen dan sokong kerana kepentingan politik dan dunia mereka tetapi mereka berdua berkempen kerana ilmu mereka. Mereka berdua telah bertanya ilmu yang ada di dada mereka, apakah si Zaid ini perlu disokong atau sebaliknya. Wahai Zaid, seandainya Dato' merasa sempit dada maka berjumpalah 2 Tok Guru ini. Carilah penawar dari mereka berdua nescaya Allah pasti akan melapangkan dada Dato'. Wahai Zaid, Allah tahu dan sentiasa memerhatikan Dato'. Tetapkanlah kaki Dato' di atas jalan kebenaran Islam, bekerjalah untuk menang tetapi Allah swt anugerahkan kepada Dato' dengan kekalahan namun yang pasti Allah akan menempatkan Dato' dalam syurganya, sekiranya diakhir hayat kita disudahi dengan perjuangan untuk kebenaran dan keadilan Islam. Beruntungnya Dato' apabila 2 Tok Guru berdoa untuk kebaikan Dato'.

Saya juga tetap berdoa untuk Dato'. Bahkan saya sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut / Pengerusi Pakatan Rakyat Jerantut bersama seluruh ahli PAS dan jentera Pakatan Rakyat Jerantut, berdoa untuk Dato'. Bahkan kami berharap, Dato' dapat datang lagi ke Jerantut kerana kami tidak puas mendengar ucapan Dato' hanya sekadar 10 minit sewaktu kunjungan Dato' bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 20.2.2010 baru-baru ini ke Jerantut. Kami difahamkan Dato' pun tidak puas berucap hanya sekadar 10 minit. Datanglah lagi ke sini."

Harap-harap Dato’ Zaid menjadi insan yang dimuliakan oleh Allah, Rasulnya, para Ulama dan sekelian manusia jika hidupnya benar-benar hidup untuk Islam dan Islam hidup bersama dengan Dato’ Zaid. Semuga Allah swt menerima taubat Dato’ Zaid dan meneguhkan iman dan pendiriannya atas jalan ilahi. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111