KUALA KUBU BAHARU 18 Apr - Pakatan Rakyat sudah lali dengan ketidakadilan pihak berkuasa yang bersikap berat sebelah serta tindakan anggota polis yang boleh dianggap 'lebih lajak daripada laju' atau 'lebih sudu daripada kuah' kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.
"Suruhanjaya Pilihan Raya telah memperuntukkan seratus pas bagi parti yang bertanding iaitu 100untuk KEADILAN dan 100 untuk Barisan Nasional tetapi hakikatnya kehadiran di dalam kawasan penamaan calon itu ialah satu nisbah empat, satu KEADILAN dan empat untuk BN.
"Ini jelas menunjukkan bagaimana pihak yang menguatkuasakan dan mengeluarkan pas, mana-mana pemimpin daripada PAS, DAP atau KEADILAN yang mengiringi calon, polis menghendaki mereka menunjukkan pas masuk tetapi di pihak BN dibenarkan masuk dengan sewenang-wenangnya," kata Saifuddin dalam nada kesal mengenai karenah pihak birokrasi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Semasa hari penamaan calon yang berlangsung semalam, pihak polis meneliti setiap pemimpin Pakatan Rakyat yang ingin masuk ke dalam pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor hingga menyebabkan beberapa pimpinan termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ketua Parliem DAP, Lim Kit Siang serta dua Exco Selangor, Ronnie Liu dan Teresa Kok dihalang masuk.
Walau bagaimana pihak polis dengan mudah membenarkan beratus-ratus pemimpin dan penyokong masuk tanpa sebarang pemeriksaan pas. Sumber : suarakeadilan

No comments:
Post a Comment