" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 16, 2010

Umno nafi dia kentut walaupun jelas tompokan najis pada seluarnya...


Bagaimana Selangor Kita , sebuah akhbar tabloid yang tidak mempunyai identiti pencetak dan penerbit, boleh bebas diedarkan di negeri Selangor?

Akhbar yang harganya RM2 itu mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).Ia menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri Ronnie Liu dari DAP dan Naib Presiden Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

Oleh kerana ia lebih fokus mengecam kepimpinan PR, orang ramai menganggap sudah tentu akhbar tersebut didalangi oleh Umno.

Umno Selangor sekadar mampu membuat kenyataan penafian yang hambar. Ia adalah umpama seperti orang yang menafikan dirinya ‘kentut’ walhal ternyata jelas pada seluarnya, tompokan najis yang ikut terkeluar bersama kentut busuknya itu….. urggh!

Terbaru, akhbar tersebut telah menyiarkan satu kenyataan yang kononnya dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’

Khalid telah memberi tempoh selama tujuh hari supaya Harussani menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar tersebut atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Harussani tentunya terpaksa menafikan kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tersebut dan ini akan membuktikan bahawa akhbar tersebut adalah bacul dan hanya menyiarkan berita bohong.

Kalau Harussani akui bahawa memang itu adalah kenyataannya, pastinya akan terbongkar kepada kita, siapa dalang akhbar tersebut.Lagi pula, Harussani tentu takut kena saman ke mahkamah …
Sumber klik sini :

1 comment:

  1. Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi.

    Jin said: "Boss! Khalid Samad nak saman Mufti Perak!".

    " Khalid Samad ni dulu sekolah mana? Kesian sungguh cikgu dia! Dah berjanggut, tapi akai bak budak tadika. Petik statement dr sumber akhbar yg tak sah...nak guna utk ke mahkamah! Hg gempaq budak2 bole la, Khalid ooi...!!".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111