OLEH ABDUL SHUKUR HARUN
Apabila Datuk Zaid Ibrahim dari PKR diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, ini membuktikan ada sejumlah kecil tokoh pemimpin politik di tanah air yang berwibawa, pro-rakyat dan teguh dengan prinsip perjuangan. PakatanRakyat telah berjaya mengenengahkan tokoh seperti ini.
Bagi kebanyakan rakyat yang berfikiran matang, mereka mahukan seorang tokoh politik yang berintegriti, yang boleh berhujah dengan ilmu dan rasional di Parlimen. Justru sudah tentu tokoh seperti Zaid Ibrahim ini boleh memenuhi kehendak mereka.
Justru pemilihan Pakatan Rakyat terhadap beliau untuk bertanding di kawasan Hulu Selangor yang demikian luas, seluas Melaka, sangat tepat sekali. Ternyata pimpinan Pakatan Rakyat – PKR, PAS dan DAP, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengambil kira semua aspek ketika membuat pilihan mengemukakan seorang peguam berwibawa – Zaid Ibrahim – sebagai calon mereka.
Oeh itu, Pakatan Rakyat telah mengemukakan calon terbaik, justru terpulang kepada pengundi Hulu Selangor untuk membuat pilihan dan tentulah peilihan mereka pada 25 April ini sangat penting sama ada mereka memilih tokoh seperti Zaid Ibrahim atau sebaliknya, sama ada mahukan perubahan ebih baik atau sebaliknya. Keputusan pengundian di Hulu Selangor ini nanti akan menghantar mesej jelas dan ditafsirkan oleh para pengamat politik, dalam dan luar negara, sama ada pengundi mahukan perubahan ke arah politik baru yang lebih baik, atau mahu kekal dengan suasana politik yang ada sekarang - yang bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotisme dan pelbagai kemungkaran lagi.
Namun berdasarkan tepuk gemuruh dari puluhan ribu orang yang mendengar pengumumkan nama calon Pakatan Rakyat di peken Serendah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh diambil kira bahawa mereka menyambut baik pemilihan tersebut.
Benar, yang hadir itu bukanlah pengundi semuanya dan bukan juga gambaran sebenar trend pengundian di Hulu Selangor. Namun menurut beberapa tinjauan yang dibuat bahawa kebanyakkan mereka yang hadir adalah orang tempatan. Mereka mahu mendengar tawaran selanjutnya dari Pakatan Rakyat, di mana sesetengah mereka sudah mengakui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sudah banyak menunaikan janji dalam memberikan kebajikan kepada rakyat.
Kempen rasmi hanya bermula pada hari penamaan calon, 17 April, tetapi tinjauan rambang yang dibuat, termasuk di kawasan Felda yang luas seperti di Gedangsa, ada pelbagai tanda perubahan pemikiran penerika di situ. Lebih-lebih lagi generasi baru anak peneroka yang sudah sangat terdedah dengan pemikiran baru, terutamanya berikutan dengan kehadiran media alternatif yang memberikan pelbagai pilihan maklumat melalui internet.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat masih memiliki sejumlah pemimpin politik berwibawa, seperti Zaid Ibrahim, yang mampu menawarkan perkhidmatan untuk rakyat. Baginya, Zaid adalah tokoh yang saggup melepaskan jawatan sebagai menteri dan senator, demi untuk mempertahankan prinsipnya – mempertahankan kebebasan kehakiman dan undang-undang yang tidak munasabah.
“Kita mengemukakan Zaid Ibrahim kepada pengundi untuk memenuhi hasrat mereka yang mahukan seorang tokoh politik berprinsip, berwibawa dan pro-rakyat bagi melakili mereka,” kata Datuk Seri Anwar dan menambah, “kami fakir ini sebagai pilihan yang tepat.
Malam itu, Zaid Ibrahim kelihatan tenang dan yakin, berbicara dengan teratur ketika berucap. Pertama beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Pakatan Rakyat kerana memilih beliau sebagai calon dan sudah tentu jika menang, beliau akan memperjuangkan perubahan kepada penduduk di Hulu Selangor ini.
Dalam satu temu ramahnya dengan media, Zaid memberitahu bahawa MIC telah mewakili kawasan ini selama 18 tahun sehinggalah ditewaskan pada Pilihan Raya Umum 2008 dulu. “Oleh itu berapa lama lagi hendak bagi dia peluang menyelesaikan masalah rakyat di sini jika pengundi masih mahu memilih MIC. Oleh itu tidak ada sebab untuk memberinya peluang lagi.”
Mengenai tuduhan kononnya beliau bukan anak tempatan, Zaid menjawab, beliau memang dilahirkan di Kelantan, tetapi telah menetap di Selangor selama 30 tahun. “Oleh itu jangan cakap lagi mengatakan kononnya saya orang luar.”
Majlis pengumumkan calon Pakatan itu dihadiri puluhan ribu orang dari pelbagai kaum menunjukkan Pakatan Rakyat masih utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan serangan musuh politiknya. Zaid berhasrat untuk menyuarakan kepentingan rakyat, mereka yang mahukan kebebasan, peluang ekonomi yang lebih baik, mendapat keadilan dan kesaksamaan dan kehidupan yang lebih baik bagi peneroka Felda.
Katanya, jika menang beliau akan mempertahankan kedudukan dan keperluan rakyat di kawasan ini, berusaha mendapatkan tanah bagi mereka yang tidak bertanah di mana ada yang meminta tanah hingga dua puluh tahun. Beliau hendak membela nasib mereka tanpa mengira kaum dan agama.
“Saya hendak memperjuangkan nasib orang Melayu, Cina dan India yang miskin, Orang Asli, kaum India di estet di mana estet semakin berkurangan menyebabkan ramai diberhentikan kerja. Oleh itu saya akan berusaha untuk mencarikan mereka bekerja, Inilah kerja wakil rakyat yang dipilih,” tambah Zaid.
Sementara itu bandar Serendah, di mana pengumuman nama calon Pakatan Rakyat beransung telah dibanjiri oleh orang ramai sejak awal lagi untuk untuk mendengar pengumuman tersebut. Bandar itu kini menjadi demikian rancak, gerai-gerai pelbagai jualan sudahpun dibuka sejak beberapa hari lalu.
Orang tempatan di situ memberitahu bahawa peneroka Felda juga ramai yang datang mendengar pengumuman nama calon Pakatan Rakyat malam itu.
“Ini petanda baik, orang Felda hendak mendengar ceramah pembangkang. Biasanya, di masa lalu mereka jarang datang, melainkan anak lelaki mereka,” kata seorang penduduk tempatan, Haji Omar, yang sedang menikmati soup tuang di gerai tepi jalan bandar Serendah.
Pengundi Hulu Selangor berjumlah 64,000 orang dengan tiga Dun – Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali. Selama 18 tahun, Hulu Selangor dikira kubu kuat Umno/BN hinggaah pada PRU Ke-12 di mana Pakatan Rakyat dapat merampas kawasan ini dengan kemengan Almarhum Datuk Zainal Abidin Ahmad walaupun dengan undi tipis.
Bandar di ketiga-tiga Dun itu, terutama di Kuala Kubu Baru sudah demikian ‘hidup’, di mana para peniaga sejak awal-awal lagi sudah mendapatkan tempat untuk berniaga.
Saya diberitahu, jentera Pakatan Rakyat sudah bergerak sepenuhnya, dengan pelbagai poster dan spanduk terdapat di sana sini. Kempen sudah diakukan sepenunya. Dari segi persiapan, Pakatan Rakyat dikatakan mendahului Umno/BN. Petugas PKR, PAS dan DAP memperlihatkan kerjasama bersungguh dan ini bukti jelas bahawa Pakatan Rakyat masih utuh.
Seorang penduduk tempatan di Kuala Kubu Baru, Haji Ali Ahmad memberitahu bahawa suasana sekarang sangat berbeza dengan pilihan raya masa lalu iaitu waktu Umno/BN tidak dicabar sekuat ini oleh pembangkang.
“Perubahan ini nampak jelas sejak pihan raya 2008 dulu, di mana calon PKR mengalahkan calon BN.” Pemimpin Pakatan Rakyat mengharapkan pengundi Hulu Selangor yang kini ramai menetap di luar kawasan supaya pulang mengundi pada 25 April ini. Kini dan hari-hari mendatang, Hulu Selangor akan menjadi perhatian hampir semua rakyat dan tentunya ramai yang mengharapkan kemenangan memihak kepada Zaid Ibrahim.
shukurharun@yahoo.com
add ambe skali,, hehhe
ReplyDeleteheboh kesah ni, pakat baca http://bohiem.blogspot.com/2010/04/kafir-quraisy-dan-umno-apa-beza-nya.html