Kerajaan Negeri akan melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Badan Bertindak Khas bagi membela nasib peneroka Felda yang terbiar di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, badan berkenaan bertujuan untuk mendapatkan geran kepada peneroka terbabit yang menduduki serta mengusahakan tanah tersebut lebih 15 tahun.
“Zaid dipilih kerana beliau berpengalaman serta pakar dalam bidang perundangan serta mampu memberikan nasihat dalam hal pemberimilikan hak tanah.
“Selain beliau, Badan Bertindak Khas ini juga akan dianggotai golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal pentadbiran tanah, “ katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri berpendapat peneroka berhak kepada tanah berkenaan memandangkan perjanjian yang dibuat dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah lupus.
“Mengikut Akta Penempatan Beramai-ramai 1960, peneroka mesti membayar sejumlah wang kepada Felda selama 18 tahun jika mahu mendapatkan tanah yang dikerjakan.
“Akta ini menimbulkan konflik kepada peneroka dalam hal pembahagian harta pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan Generasi Kedua,” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri juga berpendapat bayaran yang dibuat tidak mengambil kira keuntungan yang didapati oleh Felda Holding Berhad- iaitu badan korporat Felda.
“Adalah amat tidak adil mereka (peneroka) kerana terpaksa menderita sedangkan warga korporat Felda telah mendapat keuntungan daripada peneroka berkenaan selama ini.
“Tambahan, Kerajaan Negeri tidak pernah mendapat keuntungan ketika menyerahkan tanah kepada Kerajaan Pusat untuk dijadikan tanah rancangan Felda,” katanya.

No comments:
Post a Comment