Oleh Abu Firdaus
Apabila disebut rakyat didahulukan, maknanya ada perkara yang dikemudiankan. Siapakah yang dikemudiankan itu? Adakah ada yang lain selain daripada rakyat dalam sesebuah negara? Mungkin maksudnya pemerintah. Rakyat lawannya pemerintah. Ada pemerintah, maka ada yang diperintah, iaitu rakyat. Jadi apa yang dimaksudkan dengan rakyat dalam konteks ini ialah orang yang diperintah.
Justeru dalam slogan rakyat didahulukan, ialah pemerintah mendahulukan rakyat daripada dirinya. Tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan pemerintah? Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah ruler. Rule iaitu memerintah, dan secara tradisinya merujuk kepada raja-raja yang mempunyai kuasa mutlak. Rakyat pula disebut people, yang kalau diterjemahkan menjadi orang ramai
Maka dalam tradisi Barat, orang ramai diperintah oleh seorang pemerintah, the ruler iaitu raja. Tetapi apabila negara-negara sudah tidak mengamalkan sistem beraja, maka presiden tidak pula dipanggil ruler. Ini kerana presiden tidak memerintah, ia hanya preside, atau mempengerusi sebagai mengetuai pelbagai majlis-majlis mesyuarat yang membuat keputusan pemerintahan. Ini kerana dalam sistem republik, iaitu tanpa raja, rakyat yang memerintah melalui para perwakilan dalam parlimen, dan keseluruhan jentera pemerintahan diketuai oleh presiden.
Titik mula perubahan ini berlaku apabila MAreika Syarikat memerdekakan diri daripada England. Jadi mereka menubuhkan republik dengan ketua negaranya ialah presiden, yang memerintah melalui suatu sistem, dari segi teorinya adalah merupakan pemerintahan oleh rakyat. Jadi dalam republik demokrasi, rakyatlah yang menjadi pemerintah.
Walaupun kemudian dalam sejarah dunia, muncul banyak republik yang tidak demokratik di mana presiden yang memerintah mempunyai kuasa mutlak dan berlagak seperti raja, tetapi dari segi teori dan semangatnya, tidak ada pemerintah dalam sebuah negara republik demokrasi. Apabila sudah tidak ada pemerintah, maka tidak wujudlah orang yang diperintah. Jadi rakyat dalam erti kata orang yang diperintah tidak wujud. Justeru, Amerika dan para pengikutnya kemduian, seperti Perancis menggunakan istilah citizen atau warganegara untuk merujuk kepada rakyat.
Warganegara dianggap setaraf. Merekalah yang memerintah diri sendiri melalui sistem perwakilan parlimen. Hatta presiden juga adalah seorang warganegara. Dia hanya mengetuai atau menjadi pengerusi kepada majlis yang menjalankan pemerintahan. Tetapi kemudian banyak negara yang mempunyai raja turut melaknsakan sistem demokrasi tanpa membuang sistem raka, seperti Britain.
Konsep demokrasi yang memiliki raja disebut raja berperlembagaan. Maknanya raja masih memerintah tetapi dari segi simbol dengan mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang terhad diberikan menurut tradisi negara-negara berkenaan. Tetapi pada waktu yang sama semangat demokrasi diamalkan di mana raja sudah tidak menjadi pemerintah, Cuma berdaulat. Yang memerintah adalah perdana menteri. Tetapi kedudukannya bukan seperti raja. Ia adalah seperti presiden dari segi kuasa eksekutif tetapi bukan simbolnya. Perdana menteri bermaksud ketua kepada jemaah menteri. Kalau dalam sistem beraja mutlak, menteri-menteri dilantuik oleh raja dan jemaah menteri hanya melaksanakan perintah raja.
Tetapi dalam sistem raja berperlembagaan, secara simboliknya, menteri dilantik oleh raja, tetapi dari segi amalan dan semangat, mereka adalah terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum. Maka dalam sistem raja berperlembagaan, istilah rakyat masih boleh digunakan dalam erti kata masih ada raja sebagai pemerintah, walaupun raja sudah tidak memerintah, tetapi hanya berdaulat. Maka istilah rakyat hanyalah simbolik. Kalau raja sudah menjadi raja berperlembagaan, maka rakyat pun boleh disebut sebagai rakyat berperlembagaan.
Maka walaupun raja berdaulat secara simboliknya, ettapi yang memerintah adalah rakyat. Maka kedudukan rakyat berperlembagaan adalah serupa dengan warganegara sebuah negara demokratik. Mana-mana negara demokrasi, tidak kira republik atau yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan mempunyai warganegara dan sudah tidak mempunyai rakyat dalam erti kata orang yang diperintah.
Sementara dalam tradisi Melayu pula, seperti mana bangsa-bangsa di dunia pun mempunyai raja. Maka apabila raja tentunya ada rakyat. Istilah raja dipercayai datang daripada India. Sementara istilah rakyat berasal dari Arab. Dalam tradisi Melayu, ada disebut rakyat jelata. Sebelum kedatangan Islam, mungkin tidak ada istilah rakyat. Tetapi raka tetap ada. Apa yang dianggap rakyata dalah hamba kepada raja. Tetapi konsep hamba dalam tradisi Melayu bukan seperti apa yang difahami sekarang. Hamba berkhidmat untuk raja.
Namun begitu asasnya raja tidak mencari hamba, tetapi orang Melayu akan mencari raja untuk memimpin mereka. Sebab itu dalam Sejarah Melayu dikisahkan bagaimana perjanjian antara raja dan rakyat. Ia merupakan kontrak sosial antara rakyat dan raja. Konsep kerajaan dalam tradisi Melayu bersifat demokratik. Kedua-dua pihak, raja dan rakyat tertakluk kepada adat. Baik Adat Perpatih mahupun Adat Temenggong.
Tetapi adapt-adat ini terganggu apabila British masuk campur ke dalam urusan negeri-negeri Melayu. Ia tidak berlaku semasa penjajahan Portugis dan belanda di Melaka. Tetapi ia berlaku semasa British masuk. Apa yang terjadi kemudian ialah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, yang demokratik. Raja-raja Melayu sudah menjadi raja berperlembagaan sementara rakyat pula, sama ada Melayu dan bukan Melayu, sduah menjadi rakyat berperlembagaan.
Tetapi istilah rakyat sebagai warganegara yang setaraf dan satu-satunya golongan yang wujud dalam negara mula diperkenalkan oleh nasionalis-nasionalis Indonesia. Di samping mewarisi tanah jajahan belanda, mereka menghapuskan sisa-sisa sistem raja di negara itu. Sebab itu di Indonesia, mereka tidak menggunakan istilah kerajaan, ttapai pemerintah. Namun begitu, pemerintah dalam republik adalah rakyat sendiri.
No comments:
Post a Comment