Dua hari lepas aku mendapat email dari Setiausaha Kerja PKR Perak.
JEMPUTAN MEDIA
Tarikh: 10 Jun 2010
Kepada: Ketua Pengarang, Wartawan & Wakil Media
SIDANG AKHBAR BERSAMA KETUA PENERANGAN KEADILAN NEGERI PERAK, SDR ZULKIFLY IBRAHIM.
(ISU: Kemungkinan ADUN BN akan keluar parti dan menyertai KEADILAN)
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Negeri, Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak akan mengadakan satu sidang media seperti maklumat di bawah:
Tarikh : 13hb Jun 2010 (Ahad)
Masa : jam 01.00 petang
Tempat: Loby Hillcity Hotel
No. 227, Jalan Dr. Raja Nazrin Shah, (Jalan Gopeng),
31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Syarikat tuan adalah dijemput untuk menghantar wartawan atau wakil ke sidang media tersebut.
Diharap pihak tuan dapat hadir ke Sidang Media ini untuk membuat liputan, Pohon juga disebarkan kepada rakan-rakan media yang lain.
Sekian, terima kasih.
###
Pejabat Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak.
Aku tak berapa harap cerita-cerita macam ni. Dan tak minat dengan cerita lompat melompat. Tapi tak tau la kalau betul-betul berlaku. Maklum la…ada beberapa ADUN BN yang sudah mula mendekati PKR untuk berpaling tadah.
Aku tak tau siapa ADUN yang akan berpaling tadah tersebut, tapi aku dapat tau ada tiga ADUN dan tiga orang Ketua Bahagian yang mahu melompat. Kalau tanya kat aku…mampuih pi la kat depa.
Semasa Dato Nasarudin melompat kedalam PKR sebelum dia berpatah balik dulu, sebenarnya ada empat orang bersama dia. Ahmad Pakeh Adam dari Sungai Siput, Raja Ahmad Zainudin dari Kubu Gajah dan Hamdi Jaafar dari Pengkalan Baru dan Dato Nasa sendiri. Pertemuan dibuat di hotel Syuen dimana bilik ditempah oleh Hamdi Jaafar.
Siapa wakil PKR yang berjumpa mereka? Yang tu aku tak boleh cerita.
Dalam pertemuan tersebut, keempat-empat mereka menyatakan persetujuan untuk melompat masuk kedalam PKR. Dan dalam pertemuan tersebut juga, mereka tidak menyatakan apa-apa permintaan kepada wakil PKR. Tetapi sebaik saja pertemuan selesai, seorang wakil dari mereka ini meminta RM3 juta ringgit seorang untuk melompat. (Kecuali Dato Nasa).
PKR tidak melayan permintaan mereka dan akhirnya Raja Ahmad, Ahmad Pakeh Adam dan Hamdi Jaafar tidak jadi melompat. Tetapi pertemuan ini sudah dapat diketahui oleh Special Branch dan disampaikan kepada Pak Lah.
Apabila BN berjaya merampas Perak dari Pakatan, dengan usaha Najib, maka Najib mahukan supaya orang-orangnya di lantik menjadi Menteri Besar dan EXCO kanan. Najib mahukan Ramli Zahari dari Manong untuk dijadikan Menteri Besar tetapi perancangan Najib ini dipintas oleh Pak Lah pada saat akhir. Najib berjumpa Sultan Perak pada pukul 3 petang dan mengusulkan nama Ramly Zahari tetapi pada pukul 5 petang, Pak Lah memintas perancangan tersebut dengan melantik Zambry Abul Kadeer sebagai Menteri Besar.
Apabila Zambry menjadi MB, dia tahu bahawa ketiga-tiga keempat-empat ADUN ini tidak boleh diharap. Dato Nasa diberikan ganjaran dengan mengetuai sebuah GLC di Kuala Lumpur…tetapi ketiga-tiga ADUN ini tidak mendapat habuan. Walaubagaimanapun, untuk mengelak daripada ketiga-tiga ADUN ini melompat, Hamdi Jaafar diberikan jawatan Ketua Penerangan. Yang lagi dua ekoq tu mampuih pi la.
Zambry bukan sahaja tidak memberikan apa-apa jawatan kepada Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam, malah dia dan Pak Lah merancang mahu menjatuhkan Raja Ahmad dari jawatan Ketua Bahagian dengan meletakkan Hamzah Zainudin untuk mencabar Raja Ahmad di Selama.
Sepanjang pemerintahan Zambry di Perak, dia cuba mengukuhkan kedudukanya dengan melantik orang-orangnya untuk jawatan-jawatan penting. Kebanyakan mereka yang dilantik adalah dikalangan orang-orang PKR yang melompat balik kedalam Umno seperti Hamdan Taha dan Hanapiah Man. Dan ini menimbulkan kebencian dikalangan pemimpin umno kerana mereka-mereka yang dilantik ini merupakan orang-orang yang paling kuat mengutuk Umno semasa dalam Keadilan. Manakala mereka yang berjuang dengan Umno dipinggirkan.
Dalam masa yang sama, hubungan diantara Najib dan Zambry tidak begitu baik. Najib mahu Zambry disingkir, manakala Zambry pula mahu menyelamatkan dirinya dengan melantik mereka yang hanya rapat dengannya.
Umno Perak terpecah kepada tiga puak. Puak Zambry, Puak Ramly Zahari dan Puak Raja Ahmad. Puak mana yang akan melompat? Wallahualam.
Tapi aku percaya, tidak ada siapa yang akan melompat. Apa yang pasti, mereka hanya mahu mengugut Zambry untuk mendapatkan duit…seperti mereka menawarkan diri mereka kepada PKR satu masa dulu.
Dengan duit mereka naik…dengan duit mereka tumbang. Sumber
No comments:
Post a Comment