Oleh Amin Iskandar
Bagaimana keadaan negara jika satu hari nanti dilanda kebangkrupan? Pertanyaan-pertanyaan sebegini muncul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala mengumumkan bahawa Malaysia akan bangkrup pada tahun 2019 jika subsidi terus dilaksanakan.
Sudah ramai yang memberikan pandangan mengenai pro dan kontra mengenai isu subsidi ini.
Ada pandangan yang menyokong saranan daripada Idris Jala agar subsidi dihapuskan supaya negara mempunyai pendapatan yang lebih besar dan hutang luar negeri dapat dijelaskan.
Pada pandangan mereka, langkah ini boleh menyelamatkan Malaysia daripada menuju kebangkrupan dan menerima nasib yang sama seperti Greece.
Ada pula beranggapan bahawa subsidi perlu diteruskan oleh kerana golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk jika subsidi ditarik. Pada pandangan mereka, kerajaan masih boleh meneruskan subsidi dengan syarat korupsi mesti dibentras habis-habisan dan semua bentuk pembaziran kerajaan perlu dihentikan.
Terdapat banyak lagi pandangan-pandangan mengenai perlu atau tidak subsidi diteruskan yang boleh anda baca baik di media arus perdana mahupun di “ruang demokrasi” di internet.
Pembaca bolehlah menilai sendiri sama ada mahu menyokong atau tidak penerusan subsidi oleh negara berdasarkan fakta-fakta yang dikemukan oleh penyokong dan penentang idea tersebut.
Dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk membahas mengenai perlu atau tidak subsidi diteruskan. Mari kita lihat dari sisi lain tentang pengumuman daripada Idris Jala ini.
Terdapat keunikan daripada pengumuman bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS tersebut. Yang uniknya mengenai pengumuman tersebut adalah Malaysia akan bangkrup pada tahun 2019, setahun sebelum 2020.
Wawasan 2020
Di zaman pemerintahan perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad, kerajaan Malaysia telah menggagaskan Wawasan 2020. Apakah itu Wawasan 2020?
Pada 28 Februari 1991 sewaktu pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia, Dr Mahathir telah membentangkan sebuah kertas kerja yang bertajuk, “Malaysia-Melangkah ke Hadapan”.
Pada ketika itu, arwah Tun Ghafar Baba adalah timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi “anak kesayangan” kepada Dr Mahathir.
Kertas kerja tersebut mengandungi pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020”. Wawasan 2020 bercita-cita agar Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020.
Wawasan 2020 bukan sahaja mensasarkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dari segi ekonomi tetapi turut mencakupi bidang-bidang seperti politik, sosial, kerohanian, psikologi dan perpaduan nasional.
Dalam bahasa yang lebih mudah, jika tercapainya Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang mempunyai masyarakat yang sempurna.
Selepas Dr. Mahathir melancarkan Wawasan 2020, siang dan malam kita boleh mendengar mengenai Wawasan 2020. Di radio dan televisyen, seringkali diputar lagu “Wawasan 2020”.
Lirik lagu Wawasan 2020 diantaranya:
“Wawasan 2020,
Satu pandangan jauh,
Bukan impian malah kenyataan,
Bersama kita jayakan.”
Malahan terdapat sekolah-sekolah yang mewajibkan pelajar-pelajar untuk menyanyikan lagu “Wawasan 2020” ini selepas menyanyikan lagu Negarku di waktu perhimpunan. Pendek kata pada ketika itu semuanya adalah mengenai Wawasan 2020.
Di waktu-waktu itu, ramai rakyat Malaysia terbayang-bayang bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan makmur pada tahun 2020.
Hari ini, 10 tahun sebelum sampai tahun 2020, rakyat Malaysia diberitahu oleh kerajaan bahawa negara akan menjadi bangkrup pada tahun 2019, setahun sebelum 2020 jika kerajaan terus menanggung subsidi.
Bagaimanakah agaknya perasaan rakyat Malaysia yang selama ini benar-benar yakin bahawa Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020?
Jika selama ini gambaran indah tentang kemajuan yang bakal negara capai seringkali digambarkan didalam minda dan pemikiran mereka, kini mereka terpaksa menukar gambaran tersebut dan membayangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bangkrup pada tahun 2019.
Mungkin ada yang sudah mula membayangkan bagaimana rakyat Malaysia akan manjadi buruh eksport di pasaran antarabangsa oleh kerana di negara sendiri sudah tidak mempunyai cukup pekerjaan.
Jika itu berlaku rakyat Malaysia perlu bersaing dengan rakyat Indonesia dan Filipina yang telah lebih lama mendominasi pasaran tersebut.
Mungkin jika ini berlaku kita akan terdengar pula berita mengenai rakyat Malaysia yang menjadi pembantu rumah di negara-negara asing diseksa atau didera. Lebih unik lagi jika pembantu rumah dari Malaysia diseksa atau didera oleh majikan mereka dari Indonesia. Maka akan lengkaplah satu putaran hukum Karma.
Bagaimanakah pula perasaan Dr Mahathir, orang yang membentangkan Wawasan 2020 ketika mendengar pengumuman mengenai Malaysia akan bangkrup setahun sebelum 2020 jika kerajaan meneruskan pemberian subsidi?
Diharapkan “ramalan” daripada Idris Jala tersebut tidak berlaku. Jika berlaku sekalipun, sekurang-kurangnya kita pernah membayangkan bahawa ada kemungkinan bahawa Malaysia berpotensi untuk menjadi sebuah negara bangkrup.
Tidaklah kita “mati terkejut” sekiranya ianya benar-benar berlaku nanti.M/Insider
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
ReplyDeleteCuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?
Askar bangsa Melayu apa tindakan sekarang?