Untuk berlaku adil, saya siarakan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas":
Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.
Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.
Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.
Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.
Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.
Saya ingin menegaskan bahawa:
1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;
2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;
3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.
4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;
5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;
6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.
Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.
Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.
Sebelum itu, dalam berita bertajuk "Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani", Utusan Malaysia 21/7/10 melaporkan:
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Menurut Mufti Perak itu, semasa kunjungan kedua-dua pihak yang disertai pemimpin berjawatan tinggi kedua-dua parti yang berlaku 'dalam sebulan dua ini' itu, beliau telah diminta untuk menjadi wakil supaya usaha penyatuan itu dapat dijayakan.
''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.
''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.
''Depa nak tuduh saya berbohong, itu depa punya pasal, saya tak nak masuk neraka (jika tidak mengusahakan soal penyatuan dan perpaduan umat Islam ini)," katanya.
Sekarang timbul tanda tanya besar. Dr Hassan kata, pertemuan beliau dengan Harussani diatur bagi membolehkan beliau meninjau ilmu dan pengalaman mufti itu secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Harussani pula berkata, beliau pernah didatangi pemimpin PAS dan Umno untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Siapa cakap benar? Harussani atau Dr Hassan? Siapa cakap bohong? Dr Hassan atau Harussani?
Adakah kenyataan Dr Hassan di atas secara tersirat menyatakan Harussani berbohong?
Sekarang zaman IT. Semua komunikasi dapat dilakukan dengan begitu pantas. Mengapa terlalu lambat penjelasan Dr Hassan? Adakah kenyataan itu merupakan idea terbaik beliau dan penyokong-penyokongnya setelah lama berfikir dan "retak kepala" atau memerah otak?
Dr Hassan kata pertemuan tersebut adalah untuk meninjau ilmu dan pengalaman Harussani secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Katakan kita percaya kepada dakwaan pakar motivasi itu yang menghakis kepercayaan saya kepada puak-puak motivasi sejak beliau menyertai PAS dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya.
Katakan Dr Hassan cakap betul. Persoalannya, mengapa Harussani? Apa lebihnya Harussani berbanding Mufti Selangor? Adakah terlalu miskin ilmu dan pengalaman amali Mufti Selangor dalam soal mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu?
Jika Dr Hassan benar-benar mahu meninjau ilmu dan pengalaman secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu, adakah beliau juga membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain? Tidak kira sebelum atau selepas beliau berjumpa Harussani.
Jika Dr Hassan tidak membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain, mengapa tinjauan dari Harussani sahaja?
Jika beliau meninjau dari Harussani sahaja, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani? Adakah beliau terlalu jahil politik dan tidak tahu bahawa Harussani adalah orang yang tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana perbuatannya yang menjadi pak yet terlampau Umno selepas pilihan raya 8/3/08 yang lalu?
Banyak lagi yang boleh ditanya. Cukup la yang tu dulu.
Cop, cop. Satu ja lagi. Soalan terakhir. Prasangka dan agenda jahat? Orang ja yang berprasangka jahat dan ada agenda jahat? Diri sendiri baik semuanya?
Tanpa kaitan dengan cerita Dr Hassan di atas, saya teringat kisah seorang pemimpin yang tak henti-henti berbohong kepada pengikutnya kerana beliau sentiasa yakin bahawa para pengikutnya dan orang ramai juga bodoh dan bangang sepertinya.
Dia tak tau orang tak bodoh.

No comments:
Post a Comment