" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, July 21, 2010

Jangan cepat melatah

Pemimpin Pas disaran tidak mudah melatah dalam mengulas isu perpaduan Melayu yang dibangkitkan oleh UMNO, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron.

Menurutnya, tidak salah sekiranya pendapat yang dilontar oleh sesetengah pihak mengenai masalah yang ada pada masyarakat Melayu kini dikaji dan dibuat pertimbangan sewajarnya

“Dalam mengulas isu ini , (pemimpin) Pas jangan dilihat terlalu melatah dan kelihatan ego. Jika perlu, elok kita lihat apakah yang dimaksudkan kelemahan yang ada pada masyarakat Melayu seperti yang dibangkitkan, tidak salah untuk mengkaji perkara ini,” katanya kepada: Sinar Harian: semalam.

Abdul Fatah yang juga Timbalan Exco Kerajaan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu perpaduan Melayu Pas-UMNO yang kini menjadi polemik perbincangan pemimpin politik tempatan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pihaknya bersedia untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi UMNO termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi bukan tujuan kerjasama politik.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kritikan yang dibuat oleh pemimpin UMNO kepada Nik Abdul Aziz yang secara jelas menolak untuk membincangkan isu perpaduan Melayu, Abdul Fatah berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu berdasarkan manifestasi dari hasil kerjasama dengan UMNO sebelum ini.

“Sebagai orang lama dalam politik, beliau lebih tahu bagaimana peritnya rasa di saat Pas ditendang UMNO, sekiranya pendapat yang dilontarkan keras itu adalah realiti dan manifestasi dari apa yang berlaku kepada Pas sebelum ini.

“Bagaimanapun saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja tanpa apa kesan sekalipun, ini bukanlah pertama kali dibangkitkan dan ia berlaku kerana UMNO tersepit,” katanya.

Sementara itu, Abdul Fatah mengakui pandangan sesetengah pemimpin mengenai isu itu banyak dikaitkan dengan pendapat peribadi, namun ia tidak salah kerana ia berdasarkan keputusan asas yang dibuat oleh Muktamar Pas.S/H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111