Mereka langsung tidak sensitif, baju yang mereka pakai itu sendiri sudah melambangkan perpecahan Islam. Bukankah elok dan sedap mata memandang jika semua ulamak memakai jubah dan serban. Itu lambang kealiman, keilmuan, tawaduk dan kefaqihan di dalam Islam. Apa yang dapat dibangga dengan pakaian barat? Bukankah barat ada agenda menghancurkan Islam?
Apa yang hendak dibincangkan tentang perpaduan Islam? Tidak sedarkah mereka yang membenarkan disko adalah UMNO? Tidak sedarkah mereka pusat urut, judi dan bermacama pusat maksiat didirikan di bawah pemerintahan UMNO?
Terlalu hilang puncakah mereka untuk mencari jawapan? kenapa anak luar nikah semakin berlambak? Kenapa orang Islam ramai minum arak? kenapa orang Islam menagih dadah? Atau umat Islam yang mana lebih merisaukan mereka?
Kenapa selama ini mereka tidak bersidang tiap tiap hari, kerana hampir setiap hari kerajaan menggalakkan hiburan dan maksiat? Jaid apa pula maksud mereka perpaduan Islam? UMNO dan PAS bersatu? Atas dasar apa ianya perlu? Bersatu , tetapi membiarkan umat Islam porak peranda dengan maksiat? Itukah namanya bersatu? Menggalakkan pahala sambil membiarkan bertambahnya dosa? Itukah perpaduan yang perlu bagi melayu dan Islam?
Mereka lupa atau tidak menyedari, yang menyebabkan berpecah adalah 'dasar'. Dasar UMNO menolak Islam, kerana itulah Islam berpecah. Apakah boleh kita bersatu di sesuatu yang kita tidak dapat terima? Islam ditolak, tetapi ingin runsing pasal islam, logik ke? PAS, UMNO atau apa saja hanya nama pertubuhan politik. Boleh saja bila bila masa ditukar nama. UMNO boleh tukar nama lain, tapi untuk membezakan samada UMNO berubah atau tidak, orang akan melihat dasar yang diperjuangkan. Kalaupun menukar dasar, itupun masih belum tentu, perlu dilihat samada diimplementasikan di dalam pemerintahan. Jika PAS sekalipun yang memerintah tetapi masih menggalakkan maksiat, maka PAS juga ada agenda perpecahan umat Islam.
Maksiat, hiburan dan sesuatu yang melalaikan, dengan sendirinya adalah sesuatu yang berpecah dari jalan Islam. Perpecahan ini dihasut secara dalaman oleh syaitan dan disokong oleh entiti luaran seperti agenda agenda tertentu.
Jadi di sini apakah nilainya perpaduan dimatahati majlis fatwa, majlis ulama, ilmuan, cendikiawan atau sesiapa sahaja? Apakah cukup dengan perpaduan UMNO, PAS, PKR atau apa apa sahaja pertubuhan sedangkan sesuatu yang merosakkan umat Islam dibiarkan berleluasa?
Jika begitu pandangan ahli majlis fatwa, gembirakanlah umat Islam dengan mendirikan disko disko ditepi masjid
No comments:
Post a Comment