Oleh Ghazali Mayudin
Dana Komplek PAS Pangkor... Jom infaq !
Dalam neg
ara demokrasi, rakyat bebas menyatakan pendapat termasuklah yang berkaitan dengan kepimpinan serta dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan. Oleh itu tentangan kumpulan pendesak di Malaysia terhadap undang-undang yang dianggap lapok dan ketinggalan zaman dan menuntut agar rakyat dibebaskan daripada belenggu akta yang mencengkam itu, serta diwujudkan tadbir urus yang baik, adalah selari dengan amalan dan prinsip demokrasi.
Diantara kumpulan tersebut ialah kumpulan yang mendesak agar ISA, OSA dan AUKU dihapuskan, rasuah dibendung, kebebasan media dikembalikan serta hak dan kebebasan rakyat dihormati. Kumpulan ini telah lama berjuang dan dijangka akan terus berjuang selagi matlamat perjuangan masing-masing belum tercapai. Kesedaran rakyat terhadap isu sejagat seperti hak asasi, kebebasan, keadilan dan tadbir urus yang baik yang bibit-bibit momentumnya mula berlaku sekitar pilihan raya umum 1999, telah menyemarakkan lagi gerakan menentang akta yang membelenggu kebebasan rakyat itu.
Kesedaran itu masih wujud dalam pilihan raya 2004 tetapi tidak disuarakan melalui kertas undi kerana berlakunya era baru dalam kepimpinan tertinggi dengan gaya, imej, slogan serta janji yang memukau dan memberi harapan yang menggunung kepada rakyat. Sebagaimana yang diketahui, janji dan harapan tidak menjadi kenyataan dan kesannya sebahagian rakyat menjadi cukup bosan dan meluat dengan kerajaan dan pemimpinnya yang kerap berjanji dan berslogan daripada mengotakan janji. Rasa bosan dan meluat itu dinyatakan dengan jelas dan terang pada kertas undi dalam pilihan raya umum 2008.
Kerajaan BN sekarang adalah kerajaan yang paling lemah sejak penubuhannya, kalau diukur berdasarkan undi popular yang diperolehi dan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 2008. Oleh itu kerajaan sekarang lebih memerlukan apa juga alat, senjata, idea, slogan dan retorik yang boleh membantu menguatkan kembali parti itu berbanding dengan kerajaan BN sebelum pilihan raya 2008. Akta yang mengongkong di atas adalah antara alat yang sangat dihargai oleh BN.
Alat yang boleh digunakan untuk menggertak, menekan dan melemahkan musuh politik dan mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan. Alat yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang bersifat diskriminasi dan tidak adil. Sama ada mahasiswa terlibat dalam politik akan diambil tindakan atau tidak bergantung kepada kecenderungan politik mahasiswa berkenaan sama ada boleh membawa faedah dan undi atau dilihat merugikan pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, alat tersebut, buat masa ini, perlu dikekalkan. Sehubungan itu, kemungkinan BN menghapuskan atau membuat perubahan yang drastik dan bermakna terhadap akta di atas sedangkan parti itu berada dalam situasi paling lemah, adalah sangat kecil
Walau bagaimanapun, bagi menunjukkan yang BN responsif kepada tuntutan rakyat dan mendahulukan kepentingan rakyat sebagaimana yang dilaungkan, perubahan pada nama, permukaan dan kulit dan sedikit sebanyak isi dilakukan tetapi setakat yang tidak mengancam parti itu serta tidak mengganggu peranan undang-undang itu sebagai alat yang boleh digunakan bila perlu.
AUKU kononnya telah dipinda tetapi bukanlah pindaan yang boleh mengubah status quo dan sikap mahasiswa agar lebih dinamik, trampil serta berani menyatakan dan mempertahankan pendapat yang mereka anggap benar. Apabila rakyat menuntut kerajaan yang lebih telus dan bebas daripada amalan rasuah pula, maka BPR digantikan dengan SPRM tanpa perubahan yang signifikan dari segi peranan dan kuasanya. ISA dan peraturan dan undang-undang yang mengawal media tidak berubah walaupun tuntutan agar dihapuskan atau sekurang-kurangnya dibuat pindaan yang bermakna, telah lama kedengaran.
Dalam situasi rakyat semakin sedar tentang hak mereka dan faham tentang peranan dan tanggungjawab kerajaan, maka tuntutan dan desakan agar diwujudkan pemerintahan yang lebih terbuka dan telus serta menghargai kebebasan rakyat, dijangka akan semakin meningkat. Pada masa yang sama, BN yang lemah selepas pilihan raya 2008, masih dan sangat memerlukan alat yang boleh membantu mengukuhkan kedudukannya. Oleh itu berlakulah pertembungan diantara tuntutan dan kepentingan rakyat dengan keinginan BN mengekalkan kuasanya dengan memenangi pilihan raya ke-13 yang akan datang.
Pertembungan yang berlarutan boleh menyebarluaskan lagi tanggapan bahawa BN memang tidak mampu dan tidak akan mewujudkan suasana politik yang lebih bebas dan terbuka kerana kebebasan dan keterbukaan itu akan menjadi senjata yang akan menikam BN sendiri. Walaupun sering disebut perubahan dan transformasi, tetapi hanya tinggal sebutan dan retorik sahaja kerana tidak ada perubahan yang besar dan drastik berlaku dalam BN yang meyakinkan sehingga mampu mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu.
Kalau BN tidak boleh berubah semasa berkuasa, mungkin pemimpin parti itu akan memikirkan untuk berubah secara yang lebih serius apabila tidak lagi berkuasa. Pada masa itu, BN mesti berubah untuk kekal relevan dalam politik Malaysia dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu mampu mengikuti peredaran zaman dan tidak terus terperosok dalam kepompong lama yang telah ditolak rakyat.
Kalau kenyataan di atas semakin diyakini maka ini bermakna semakin ramai yang percaya bahawa tatacara dan suasana politik yang lebih menghormati hak dan kebebasan rakyat hanya boleh direalisasikan dengan menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan yang lain. Namun, gerakan yang memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat perlu dipergiatkan agar kesedaran rakyat tentang isu ini terus meningkat dari semasa kesemasa.
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment