" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 13, 2010

Jenayah: Signal yang masih lagi dilupakan

Oleh legendz

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Bimbang melihat berita-berita akhir-akhir ini dimana terlalu banyak masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Semalam sahaja lebih 3 berita tentang kes bunuh dan buang bayi di dalam akhbar dan berita. Bulan Ramdhan dan bukan bulan Ramdhan tiada beza, tiada beza dari sudut tingkah laku masyarakat yang telah tercabut iman dan moral, tidak kira masa dan suasana sekali pun.

Semalam undang-undang jenayah menetapkan hukuman bagi mereka yang membuang bayi (hingga mati) adalah gantung sampai mati. Ianya di lihat suatu solution yang mungkin akan dapat mengurangkan masalah ini. Hukuman ini juga di lihat sama seperti hukuman bagi mereka yang membunuh dengan niat dengan terbukti bersalah. Hukuman balas mati.

Saya berpandangan ianya barangkali suatu langkah pencegahan, memandangkan kes yang semakin meningkat seperti buang bayi ini telah banyak di cadangkan. Cuma kali ini,pencegahannya menjurus kepada suatu bentuk hukuman.

Walaupun Malaysia sebuah negara yang agak lengkap dan tersusun dengan struktur penggubalan hukuman dan kesalahan samada dari mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah. Namun secara realitinya, apa yang kita di hidangkan hari ini masih belum mampu mengurangkan rekod jenayah keparas yang memuaskan apatah lagi di tahap membanggakan. Walaupun d katakan statistik jenayah berkurang, tetapi apabila di lihat dengan kaca mata sebenar, ia masih banyak di paparkan di dalam kanta masyarakat.

Saya percaya masih ada menteri-menteri yang alert dan mengambil berat tentang masalah ini. Jika tidak masakan ada cadangan untuk menubuhkan sekolah mengandung.;p. Maka langkah-langkah pencegahan di buat, atas perbincangan bersama mahupun atas idea peribadi yang tidak di persetujui, namun realitinya ianya acap kali dan ada diantaranya idea lama dan mungkin streotaip. Tidak di nafikan usaha-usaha yang telah dilakukan dan bukan niat mahu 'condemn' usaha tersebut.

Cuma persoalan yang mungkin kita boleh soal, mengapa jenayah masih berlaku, bahkan semakin bertambah.?

Apakah kita melihat masalah ini sekadar suatu fenomena yang biasa berlaku atau ianya suatu bala' dari Allah? Kenapa kita boleh shaja mengatakan tsunami itu bala' dari Allah sedangkan masalah jenayah yang mampu di warisi turun temurun itu hanya perkara lumrah? Dan mengapa pula banjir dan gempa bumi yang berlaku mudah kita mentafsirkannya sebagai signal dari Allah untuk manusia kembali berlindung di bawah agama, sedangkan masalah jenayah hanyalah signal buat masyarakat supaya behati-hati dan berlindung di bawah perlidungan orang atau undang-undang manusia.?

Rasanya telah banyak ustaz-ustaz dan ulama-ulama telah mencadangkan langkah penyelesaian kepada masalah ini. Ianya sudah pun terperap lama di kepala kita. Bahkan mungkin ada yang muak atau mual bila di syorkan kepadanya berkali-kali. Anehnya, rasa mual atau muak yang datang itu umpama kita yang tidak pernah menjamah sesuatu makanan itu tetapi mampu merasa mual..mungkin baunya tidak menyelerakan atau rupa bentuknya yang hodoh..

Itulah hakikatnya Hukum Islam atau intipatinya lebih di kenali masyarat dengan hukum Hudud. Hukuman yang mencegah bukan semata-mata menghukum seperti hukuman yang sedia ada hari ini. 'Hukuman' kepada perasaan manusia yang tidak dan belum melakukan kesalahan agar terpalit rasa takut di hati apabila di laksanakan di khalayak ramai. Namun ada yang begitu prejudis seolah-olah dengar namanya sahaja orang sudah muak. Apatah lagi merasainya....kot...

Biarlah pemimpin-pemimpin sekular malaysia terus menerus mencari jalan...dan bagi kita yang faham ini, terus meneruslah kita saling ingat-meningati, selagi kita berstatus rakyat, maka 'zikir' ini wajib di bisikkan pada masyarakat terutamanya kepada pemimpin negara yang berkuasa melaksanakannya, agar kelak kita tidak di persoalkan di hadapan Allah nanti.

Wallahualam. Sekadar berpandangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111