" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 20, 2010

Hello PR, sudah-sudahlah janjikan bulan dan bintang

Oleh Penarik Beca

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Melihat berita Malaysiakini semalam bertajuk "Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya", terus terang saya katakan bahawa saya menyampah sangat berita-berita macam tu. Hello Pakatan Rakyat (PR), aku menyampah la cerita-cerita nak bagi RM1,000 setahun la, pendapatan RM4,000 la, entah apa-apa lagi.

Tak payah la nak janjikan bulan dan bintang. Kalau ya pun, esok hampa perintah buat ja kalau sungguh ada kemampuan.Kawan baik saya kata, yang dia nak dengar ialah PR janjikan perkara-perkara yang realistik dan boleh buat

contohnya:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Siapa pun perintah, SPR tidak lagi jadi kuda tunggangan parti yang memerintah hingga persempadanan semula kawasan pilihan raya pun dibuat mengikut kepentingan parti yang memerintah. Saya tak maaf sampai bila-bila Umno yang khianati Melayu dengan persempadanan kawasan pilihan raya 2003. Kurang ajaq sungguh!

Kalau PR perintah pun, jangan mimpi semua yang buruk terus jadi elok dan cantik. Bohonglah! Tapi kurang-kurang pun, dengan adanya SPR yang bebas, rakyat mempunyai lebih kuasa dan peluang untuk menghambat pemerintah yang jahat.

2. Kehakiman diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Punyalah buruk imej sistem perundangan Malaysia di mata dunia hinggakan syarikat-syarikat luar dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) takut nak buat arbitration di Malaysia apabila nak berniaga dalam negara ini.

3. Badan-badan penguatkuasa penting seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Kita tak nak lagi lihat SPRM dan polis jadi alat perkakas parti yang berkuasa.

4. Bagi menjaga kepentingan Bumiputera, pegangan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat tersenarai diletakkan di bawah badan-badan seperti MARA dan Tabung Haji. Letakkan badan-badan itu di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen.

Wujudkan semacam sovereign fund untuk Bumiputera melalui badan-badan itu. Dana itu digunakan untuk kepentingan Bumiputera. Boleh buat banyak-banyak institusi pelajaran dan kemahiran untuk Bumiputera. Selama ini pun, majoriti orang Melayu jadi kelas menengah kerana pelajaran serta kemahiran dan bukan kerana mak bapak depa banyak harta. Dana itu juga boleh digunakan untuk memajukan tempat-tempat warisan Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur. Ni tergedik-gedik nak sumbat orang lain masuk ke tempat warisan Melayu seperti itu.

5. Duit Petronas jangan buat kenduri untuk anak beranak hampa. Buat sovereign fund dari hasil minyak untuk kepentingan rakyat seperti di Norway. Akta Kemajuan Petroleum pinda la macam yang dibuat kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

6. Tutup syarikat-syarikat yang nampaknya akan rugi sampai kiamat seperti Malaysia Airlines. Nak simpan buat apa kudis buruk macam tu.

7. Dan yang paling penting ialah rakyat tak nak lihat watak-watak mencurigakan dalam PR menjadi pemimpin negara, sama ada yang kelihatan jahat atau bodoh (malas la nak sebut nama-nama pemimpin PR yang aku meluat habis)

Ah, yang nombor 7 tu menyebabkan saya teringat pertanyaan saya kepada beberapa pemimpin PAS, adakah bila PR perintah, saya akan masuk lokap lagi sebab saya sikit pun tak dak cita-cita nak jadi Mat 'Asabiyyah serta tukang jilat mana-mana parti. Aku dah kata berkali-kali, saya akan tibai kerajaan PR kalau depa buat kurang ajaq.

Insya Allah, kalau Allah tolong, saya tak perlu apa-apa dari depa. Nak apa lagi, umur pun dah lebih setengah abad. Takat nak pi Makkah suami isteri, duit EPF saya pun dah cukup.

Saya juga tertanya-tanya, adakah kebencian habis-habisan saya kepada Umno akan bertukar kepada kebencian kepada PR pula kalau depa memerintah? Allah jua Yang Maha Mengetahui. Macam yang dah sebut tadi, sekarang pun ramai pemimpin PR yang aku meluat habis

Apa-apa pun, insya Allah, saya sentiasa bersedia untuk masuk lokap dan diYahudi serta dikafirkan (sekarang pun tukang-tukang komen dalam blog ini yang nampaknya macam ahli atau penyokong PAS dah jenuh Yahudi dan kafirkan aku) kerana menentang kurang ajaq mana-mana kerajaan pun.

http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111