" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 6, 2010

Di Kota Raja orang Hindu & Kristian datang Tazkirah.... UmNo?

Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden dapat melihat sendiri dan tersenyum bangga melihat kebangkitan luar biasa sokongan non-muslim terhadapat perjuangan Parti PAS. Tidak cukup dengan itu mereka yang non-muslim ini yang kini menjadi sayap parti yang dipanggil DHPP terkadang lebih terkehadapan dalam memperjuang dan mempertahankan kemenangan PAS dalam PRU 12 yang lalu.

Kota Raja sendiri menampilkan kekuatan dan kesungguhan non-muslim melalui DHPP dalam semua aktiviti parti, mereka tidak pernah meminggirkan diri dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh PAS Kawasan. melalui Lajnah Perpaduan Nasional. Dalam kes-kes tertentu umpamanya gerakan Daftar Pemilih mereka dilihat jauh kehadapan berbanding sesetengah cawangan yang sudah Futhur atau Kawasan tertentu.
Bukanlah sesuatu yang aneh jika anda terlihat sekumpulan Ahli DHPP yang terdiri dari orang Kristian, Hindu dan Islam dari LPN dan PAS Kawasan duduk dalam satu majlis yang dipanggil diskusi agama yang biasanya akan dipimpin oleh seorang moderator bagi membincangkan sesuatu tajuk yang telah ditentukan.
Hasilnya kini di Kota Raja Dr Mariah tidak perlu lagi memakai sarong tangan bila berjumpa dengan orang India dan Cina (kerana mereka sangat sensitif dan mudah terasa hati jika tidak bersalaman dengan mereka) kerana kini bagi yang lelaki mereka sudah faham sangat dan tidak akan menghulurkan tangan lagi kepada Dr Mariah. Kadang kala kita boleh tersenyum simpul melihat wanita non-muslim bukan Islam ni bila berjumpa dengan Dr Mariah dan Muslimat PAS siap cium-ciuman lagi.
Sempena Ramadhan pada tahun ini satu Iftar bersama DHPP telah diadakan oleh LPN PAS Kota Raja, satu majlis yang mendapat sokongan dan tajaan bersama dari ahli DHPP sendiri.

Seperti tahun yang lalu oleh kerana Ust Wan Ji dapat memahami, mengawal keadaan dan memikul tanggung jawab untuk mendekatkan orang Hindu dan Kristian ini maka sekali lagi beliau dijemput untuk menyampaikan Tazkirah kepada mereka.

Bila hal ini berlaku didepan mata teringat kita kepada Almarhum Dato Presiden Ust Fadhil Nor yang tidak dapat melihat apa yang belaku kini didepan mata kerana Almarhumlah perintis kepada semua yang berlaku pada hari ini. Al Fatihah untuk Ust Fadhil Nor.

Ikuti catatan peribadi AF Wan Ji @ Al-Bakistani dalam program ini.
sampai giliranku menyampaikan tazkirah di hadapan hadirin yang bercampur antara muslim dan tidak muslim. yang muslim, agak senang untuk menyampaikan tazkirah, kerana ia adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. jika dibaca sebarang ayat Al-Quran dan hadis pun, ia tidak menjadi satu perkara yang janggal.

Namun, bertazkirah tentang islam dihadapan non Muslim, agak susah sedikit. ada perkara yang kadangkala diterangkan dalam bahasa yang tidak boleh melahirkan persepsi buruk kepada islam itu sendiri.

kupasanku bermula dari kisah yang berlaku di zaman nabi yang mempunyai kaitan rapat dengan dua ayat Al-Quran, iaitu surah An-nisa' ayat pertama dan surah Al-hujurat ayat ke 13. gambaran perjuangan nabi SAW yang membela hak manusia yang ditindas, menyebabkan nabi SAW mendapat tentangan dari pihak penindas.

Diungkapkan juga kemurkaan Allah terhadap orang-orang munafiq yang memperlekeh Bilal bin rabah ekoran kulitnya yang berwarna hitam, menerusi kisah asbab An-Nuzul dari ayat 13 surah Al-hujurat. Dinyatakan, Islam mengharamkan penafian hak atas alasan warna kulit dan bangsa, malahan islam menilai semua manusia itu sama kecuali mereka yang melakukan kebaikan [taqwa].

[7]

dikupas juga isu yang sedang hangat dibincangkan. Antaranya adalah doa hidayah terhadap Lim Guan Eng, dan juga isu YB Teo dari parti DAP yang menziarahi salah sebuah surau di dalam parlimennya.

dikemukakan beberapa kisah yang berkaitan, dan dinyatakan konsep pemahaman islam mengikut aturan nabi muhammad SAW, yang jauh berbeda dengan konsep Islam yang dibawa oleh UMNO.

"Islam nabi jangan disamakan dengan Islam melayu" ujarku dalam ucapan yang sengaja aku ulang-ulangkan agar non muslim faham, bahawa segala kecelaruan yang dilihat negatif pada Islam yang berlaku di malaysia kebelakangan ini adalah mainan politik UMNO.

... bersambung BERTAZKIRAH DI HADAPAN MASYARAKAT HINDU (oleh : Al-Bakistani) dan gambar-gambar disini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111